Intipati Bajet 2015 Paling Popular

aynora nur | 10 October, 2014,8:53 PM |
Advertisement
Intipati Bajet 2015 Paling Popular - Dato' Seri Najib Tun Razak telahpun selesai membentangkan Bajet 2015 sebentar tadi. Dalam banyak perkara yang dibincangkan, dicakapkan oleh golongan marhaen, golongan pertengahan dan yang berstatus orang atasan, yang mana satukah yang mendapat peruntukan paling besar daripada Bajet 2015 ini?

Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.




Apakah anda berpuas hati dengan kandungan Bajet 2015 ini? Jom kita tengok Intipati Bajet 2015 paling popular yang baru habis dibentangkan oleh PM.




Intipati Bajet 2015 Paling Popular




1. Kos sara hidup tumpuan tertinggi rakyat Malaysia untuk Bajet 2015. Rujuk gambar jadual Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di atas. Bagi kategori Isirumah dengan pendapatan bulanan RM3,000, nilai BR1M dinaikkan kepada RM950 berbanding RM650 sebelum ini. Namun peringkat bayaran dibahagikan 3 Kali mulai Januari ini.

2. 532 barang dan perkhidmatan dijangka alami penurunan harga sehingga 4.1%. Manakala 354 barangan dan perkhidmatan dijangka alami kenaikan harga sehingga 5.8%.

3. Barang-barang yang dikecualikan cukai termasuk buah-buahan, serbuk kopi, mee kuning dan mihun. Lain-lain termasuklah ubat-ubatan, buku bacaan dan surat khabar.

4. 70% isirumah dapat manfaat penggunaan elektrik. Iaitu kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.
   
5. Pengagihan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam. Dengan bayaran minima RM500 dan pesara RM250

6. Subsidi petroleum ditingkatkan.

7. Inisiatif bantu petani dan penternak. Menyediakan geran pemadanan RM100 juta kepada Lembaga Pertubuhan Peladang. Perkenal program lelongan sayur-sayuran. Menaikkan elaun bantuan sara hidup nelayan zon A 200 ke 300, zon B dan C 200 ke 250, dan nelayan darat 200

8. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

9.  Petrol, diesel dan gas lpg tidak dikenakan GST

10. Bantuan persekolahan kepada pelajar sebanyak RM100 diteruskan dan akan dibayar JAN 2015. Bantuan baucer buku dan peralatan untuk pendidikan tinggi 250 diteruskan

11. Had kelayakan pinjaman perumahan kepada kakitangan awam minimum 80 ribu ke 120 ribu, maksimum 450 ribu ke 600 ribu

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Intipati Bajet 2015 Paling Popular"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top