Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Motivasi Dan Inspirasi Doa Untuk Suami

Motivasi Dan Inspirasi Doa Untuk Suami - Ada satu sajak (puisi) yang saya baca ni, sangat sweet dan agak santai juga bunyinya. Dari hati seorang isteri untuk sang suami. Antara kandungan sajaknya adalah, Wahai suami, disini isterimu sedang menunggu kepulanganmu, bersama manis senyuman dibibir menanti dihadapan pintu, dibuka kasutmu, dicium tanganmu, menanti mengharapkan ciuman didahi, sebagai tanda dihargai.

Ya! Begitulah isi hati seorang wanita bergelar isteri. Suka dihargai!


sumber google

Motivasi Dan Inspirasi Doa Untuk Suami


1) DOA UNTUK SUAMI


Bismillaahir Rohmaanir Rohiim

Ya Allah.....
Aku berdo'a untuk seorang lelaki yang menjadi bahagian dari hidupku.
Seorang yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang meletakkanku pada posisi kedua di hatinya
setelah Engkau dan ibunya...

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri
tetapi untukMU juga untukku dan anak-anakku
dia mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup,
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seorang lelaki yang memiliki hati laksana mentari,
bijak, bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku.
Tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah...

Seorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktuku
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita
ketika berada di sebelahnya.
Seorang lelaki pencinta keluarga

Yaa Rabb....
Ampunkan dosa-dosanya
Lindungi dia, dalam setiap langkahnya...
Mudahkanlah segala urusannya...
Bawa pulang kembali ke rumah tanpa kurang satu apapun

Terima kasih Allah yaa Rabb.....
Engkau sandingkan aku dengannya...
Semoga kekal sampai di akhiratMu

Aamiin Yaa Robbal'alamin...


2) DOA UNTUK SUAMI


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihanMu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu Ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Setiap manusia tidak pernah lari dari sifat lupa dan lalai. Wahai lelaki yang bergelar suami...pandanglah wajah isterimu dengan kasih sayang dan letakkanlah keluargamu di dalam hati. Jalan kembali masih terbuka luas buat kamu kerana Allah Maha Pemaaf sifatnya. 

Semoga Motivasi Dan Inspirasi Doa Untuk Suami yang dikongsikan membawa manfaat buat kita semua. Aamiin...

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum.

    panjangnya doa, boleh ingat ke baca lepas solat tu..hehe
    Rasanya mana-mana lelaki pun klu dpt isteri yg mendoaknnya...yg ada fikir agama, mmg rasa.."bagai dunia ana yg punya..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena print dan tengok kertas la jawabnya masa baca doa ni..hihiii

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close