Pesanan Rasulullah Jangan Tidur Sebelum Melakukan 4 Perkara

loading...
Pesanan Rasulullah Jangan Tidur Sebelum Melakukan 4 Perkara - Empat (4) perkara yang perlu dilakukan sebelum tidur walau sesibuk manapun kamu dengan tugas seharian. Ingatlah kawan-kawan, selagi masih berkesempatan, pesan memesanlah ke arah kebaikan. Jika tidak kita dari kalangan orang yang rugi!  

Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah r.a.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Pesanan Rasulullah Jangan Tidur Sebelum Melakukan 4 Perkara


Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam masa yang singkat ini?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda:

1. “Jika engkau akan tidur, bacalah surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.




"Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)"

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat


"Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad (3x )"


3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau


“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih (3x)

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar"( 3x )

Semoga tazkirah ringkas yang dikongsikan di atas dapat memberikan kita sedikit ilmu yang amat bermanfaat di akhirat nanti, insyaa Allah...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.