Petua Mudah Cuci Baju Putih Sekolah

Tudung kanak-kanak
Petua Mudah Cuci Baju Putih Sekolah - Baju sekolah yang kotor dan susah untuk diputihkan kembali memang menjadi masalah kepada ibu-ibu yang memiliki anak-anak yang bersekolah. Paling mudah menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan membelikan baju baru setiap enam bulan sekali. Pokai macam ni, kan?

sabun mandi dikatakan boleh hilangkan kotoran pada baju sekolah


Petua Mudah Cuci Baju Putih Sekolah


Baju sekolah yang biasanya berwarna putih memang sukar untuk dibersihkan walaupun pelbagai cara telah digunakan. Lebih-lebih lagi jika anak kita itu seorang yang lasak dan sukakan aktiviti panjat memanjat di kawasan sekolah..faham-faham aje la...lasaknya tak ingat dunia!

Jangan risau atau tension ya kekawan. Sabun mandi yang berketul boleh digunakan untuk membersihkan dan memutihkan baju sekolah yang sudah terlalu kotor atau terkena cili dan kicap. Caranya dengan rendamkan baju sekolah seketika. Kemudian gosokkan sabun mandi ketul ke kawasan yang amat kotor. Cuci dengan tangan atau boleh juga dengan berus kain. Hasilnya, baju akan menjadi putih dan bersih semula.

Mudah, kan?  Selamat mencuba.

4 comments:

  1. kalau sental dengan sabun mandi yang murah tak menjadi,saya dah try..dettol punye plk mmg power..tp sayang lak nak sental di baju..sebad dettol wangi dan sy gune untuk badan..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi....memang kena yg branded baru boleh bersih baju...

      Delete
  2. Replies
    1. Memang amat berguna dan baju sekolah kembali putih, tq baca info kat sini

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.