Header Ads

Resepi Sup Daging Dengan Tomato Yang Mudah


Advertisement
Resepi Sup Daging Dengan Tomato Yang Mudah - Salah satu menu yang bagus diamalkan untuk sesiapa yang sedang berdiet. Saya juga suka buat resepi sup daging dengan tomato ni, mudah dan cepat.



Resepi Sup Daging Dengan Tomato Yang Mudah

Bahan-bahannya: 

1 kilo daging di hiris nipis
* rebus daging bersama 2 bunjut rempah sup
* masukkan kentang ketika daging 1/2 empuk (anggaran selepas 1/2 jam)

1 biji bawang holland (rasa lebih manis)
3 ulas bawang putih
1 inci halia muda
*dikisar halus

1 biji tomato dibelah 6
2 batang seleri di potong serong
5 biji cili padi diketuk kasar
1 biji tomato dibelah 4 (untuk hiasan)

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan kisar bersama tomato yang dibelah 6 tadi serta cili padi hingga naik bau
2. Masukkan batang seleri, kacau goreng hingga wangi
3. Masukkan daging dengan kentang yang sudah masak bersama air rebusan ke dalam kuali & juga tomato yang dibelah 4 tadi, biarkan mendidih
4. Perisakan dengan garam & perisa
5. Sup Daging dengan tomato siap untuk dihidang


Selamat mencuba, pasti berjaya!!

Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.