Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Drama Kasih Berbisik Lakonan Remy Ishak Di TV3

Sinopsis Drama Kasih Berbisik Lakonan Remy Ishak Di TV3 - Adakah anda peminat drama-drama bersiri yang menampilkan cerita yang dilakonkan oleh pelakon idaman anda? Senang Cerita, peminat tegar Remy Ishak? Ala...hero Nur Kasih tu...




Jika ya, inilah peluang anda untuk menyaksikan lakonan hebatnya dalam drama bersiri kerjasama antara pelakon dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Pelakon-pelakon Utama Kasih Berbisik


Remy Ishak sebagai Imran
Nurul Aini sebagai Nora
Demmy Febriana sebagai Sulastri
Keith Foo sebagai Darma
Tasha Shila sebagai Tina
Nick Mikhail sebagai Andi
Normah Damanhuri sebagai Mak Jah

Sinopsis Drama Kasih Berbisik


Drama Kasih Berbisik adalah kisah klise cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh. Drama ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.




Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun. Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri.

Dalam drama Kasih Berbisik ini Remy Ishak melakonkan watak seorang suami yang memiliki segalanya iaitu kerjaya, isteri yang cantik serta sahabat baik. Namun kerana isterinya Nora lebihkan kerjayanya, Imran rasa kesunyian dan merasa kurang perhatian. Jiwanya mula tertekan ditambah lagi sikap ibunya yang tidak sukakan Nora telah menambah beban perasaan terhadap Imran.

Adakah Imran mampu menyelesaikan kemelut dalam rumahtangga dan keluarganya? Siapakah akhirnya yang dipilih oleh Imran untuk kekal berada disampingnya? Saksikanlah drama kasih berbisik ini hingga ke penghujungnya ya...

Drama Kasih Berbisik telah mula disiarkan di TV3 mulai 1 Oktober 2014, setiap hari rabu pukul 9:00 malam dan mengandungi 13 episode kesemuanya. Kasih berbisik diarahkan oleh pengarah berkaliber Jamal Khan.

Selamat menonton dan ambillah pengajaran daripadanya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close