10 Surah Dalam Al Quran Yang Mencegah 10 Perkara

loading...
10 Surah Dalam Al Quran Yang Mencegah 10 Perkara - Membaca al Quran merupakan satu ibadah yang amat dituntut kepada semua umat islam. Jika kita mahu mendengar kata-kata Allah, maka bacalah al Quran.

Sebaliknya jika kita mahu berbicara dengan Allah, mahu mengadu kepadaNya, maka bersolatlah! Alangkah indahnya pesanan ini. Mudah sahaja, kan? Bila sedih dan gelisah, solat dan bersujudlah kepadaNya. Insyaa Allah segala kesedihan akan terlerai bersama airmata kita yang mengalir...


10 Surah Dalam Al Quran Yang Mencegah 10 Perkara 





1. Surah al Fatihah - mencegah kemarahan Allah

2. Surah Yaasin - mencegah kehausan di hari kiamat

3. Surah ad Dukhan - mencegah kesusahan di hari kiamat

4. Surah al Waqi'ah - mencegah kefakiran

5. Surah al Mulk - mencegah siksa kubur

6. Surah al Kauthsar - mencegah permusuhan

7. Surah al Kafiruun - mencegah kekufuran ketika dicabut roh

8. Surah al Ikhlas - mencegah kemunafikan

9. Surah al Falaq - mencegah iri hati seseorang

10. Surah an Nas - mencegah was-was

Sebenarnya jika kita mahukan kebaikan pada akhir perjalanan hidup kita, berbuatlah banyak kebaikan semasa hayat kita. Kerana pilihan dan keputusan hidup yang kita lakukan di masa sekarang yang akan menentukan masa depan kita.

Semoga kita mengambil kesempatan dalam kesibukan kita untuk mengamalkan membaca surah-surah yang mencegah 10 perkara di hari kiamat kelak.

Wallah'alam.

#sebarkan bahagia

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    surah² yg mmg lazim dibaca cuma surah Ad-Dukhan tak lazim. terima kasih aynora atas perkongsian ini.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.