Cara-Cara Menjadi Kekasih Allah

aynora nur | 11 November, 2014,12:49 PM |
Advertisement
Cara-Cara Menjadi Kekasih Allah - Setiap orang memiliki perjalanan hidup yang berbeza dan sesuai dengan perancangan dan hala tuju yang diinginkan. Namun begitu, seharusnya kita memilih jalan hidup yang diberkati dan berazam untuk menjadi salah seorang penghuni syurga Firdausi, insya Allah. Cara-cara menjadi kekasih Allah yang akan saya kongsikan adalah sebagai motivasi kepada diri sendiri agar menjadi hambaNya yang lebih baik setiap hari hingga boleh menjadi kekasih Allah yang paling dicintaiNya. Wallahua'lam...

Dalam langkah menjadi ahli syurga, kita tidak boleh setakat berpeluk tubuh dan berserah tanpa sebarang usaha yang sepatutnya dilakukan bagi menjadi tetamu Allah yang paling dikasihi. Oleh itu jom kita berusaha untuk menjadi kekasih Allah..

Apakah maknanya menjadi kekasih Allah? Iaitu kecintaan Tuhan kepada para hamba dan para hamba menjadi kekasih Tuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Qur’an, “Yuhibbuhum wa yuhibbunah” (Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah) (Qs. Al-Maidah [5]:54)

Cara-Cara Menjadi Kekasih Allah



"Cahaya ALLAH akan muncul pada jiwa orang yang banyak mengingat Allah, dan jika jiwanya bercahaya maka wajahnya pun terlihat bercahaya dengan cahaya yang indah."

Begitulah pesanan dan nukilan indah yang diriwayatkan oleh Habibana Munzir AlMusawa. Benar sekali apa yang diperkatakan itu, orang yang dengan ikhlas mengingati Allah mudah dikenali dari raut wajah yang berseri-seri dan bercahaya. Memandang wajahnya sahaja boleh membuatkan jiwa yang kacau menjadi tenang.

Asas penciptaan alam semesta adalah kasih dan cinta Allah Swt kepada Dzat-Nya sendiri. Dia ingin keindahan-Nya tampak, maka Dia mencipta semesta sebagai cermin untuk berkaca melihat keindahan-Nya. Salah seorang yang arif abad ke 9 bernama Abdurrahman Jami menuturkan demikian:

Dalam kesendirian tatkala keberadaan tanpa bunyi
Pada ambang batas ketiaadan, semesta tersembunyi
Terdapat sebuah wujud yang tampak dari kejauhan
Bercengkerama kami dan Engkau dari kejauhan
Keindahan mutlak dalam kerangka pelbagai cermin
Mencahayai dirinya, mencermini diri-Nya
Keindahan-Nya menjelma dimana-mana
Semesta raya tertutup tirai bagi para pecinta

1. Banyakkan zikrullah 

Di dalam Al-Quran dan As-Sunnah diterangkan tentang keutamaan berzikir kepada Allah, baik yang sifatnya muqayyad (tertentu dan terikat dengan ibadah tertentu, seperti zikir SESUDAH Solat Fardhu), iaitu waktu, bilangan dan tatacaranya terikat sesuai dengan keterangan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. 

Tidak boleh bagi kita untuk menambah atau mengurangi bilangannya, atau menentukan waktunya tanpa dalil, atau membuat cara-cara berzikir tersendiri tanpa disertai dalil baik dari Al-Qur`an ataupun hadits yang shahih/hasan, seperti berzzikir dengan Ssara yang keras.

Firman Allah,

“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”(Al-A’raaf:205)

“Barangsiapa mengucapkan zikir ini setelah selesai dari setiap solat wajib, maka diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. (HR. Muslim 1/418 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)



Selain zikir-zikir di atas, ada lagi bacaan-bacaan selepas solat yang boleh diamalkan seperti membaca surah-surah lazim daripada Al Quran, membaca ayat Kursi dan banyak lagi.

2. Sentiasa muraqabah - merasa di pantau

Muraqabah maksudnya merasa dipantau. Merasa diri selalu dan sentiasa terjaga. Ini diamalkan agar dapat menyaksikan dan melicinkan keadaan diri sendiri. Dengan amalan muraqabah timbul kepekaan yang kian lama kian besar yang menghasilkan kemampuan untuk menyaksikan "pembukaan" di dalam diri. Maksud dari semua ini ialah bahawa orang itu sedar setiap masa tentang keadaan di dalam batin yang tidak terhingga, yang tak ada batasnya. Biasanya yang mencapai tahap begini adalah golongan sufi.

Muraqabah yang tertumpu dan maju terjadi dalam pengasingan diri (khalwat), selama pengasingan, dan ketika "pembukaan" yang sesungguhnya terjadi, si pencari akan menerima kekosongan dan ketidakterbatasan waktu yang luas dalam dirinya. Ini boleh dikatakan, dari kesedaran diri dan keterjagaan diri, dan awal dari apa yang dipandang sebagai proses kebangunan gnostik (makrifat) atau pencerahan. 

3. Banyakkan membaca al-Quran

Kita digalakkan membaca dan memahami isi kandugan al Quran. Bukankah al Quran itu kata-kata dan pesanan Allah kepada kita? Al-Quran merupakan kitab yang terpelihara dari penyimpangan dan Allah s.w.t merupakan penjelas seluruh perkara yang menjadi kecintaan-Nya dan iman serta amal menjadi penyebab kecintaan di sisiNya. 

Dipetik daripada hadis diriwayatkan oleh at-Tarmizi, "Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan Al-Quran kerana mengingatiKu dan kerana meminta padaKu, nescaya Aku akan berikan selebih-lebih baik daripada semua orang yang meminta padaKu. Dan kelebihan Kalam Allah itu ke atas semua Kalam seperti kelebihan Allah ke atas makhlukNya." 

4. Sentiasa menyambungkan segala nikmat kepada anugerah Allah

Kita kena sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita, walaupun nikmat sakit. Bukankah dengan diberikan sakit kita baru merasai nikmatnya sihat? Walau apa pun dugaan dan kebahagiaan yang kita perolehi, kita mesti bersyukur.

Bersyukur menurut ajaran Islam ada empat cara sebagaimana digariskan oleh Imam Ghazali iaitu bersyukur dengan hati, bersyukur dengan lisan, bersyukur dengan perbuatan dan menjaga nikmat dari kerosakan.
    
Ketika nikmat dan kurnia diperolehi, cubalah untuk digunakan dengan sebaik-baiknya. Setelah itu, usahakan untuk menjaga nikmat itu dari kerosakan. Contohnya, ketika kita dianugerahkan nikmat kesihatan, kewajiban kita adalah menjaga tubuh untuk tetap sihat agar terhindar dari sakit dan seterusnya boleh melakukan segala suruhan Allah dengan sempurna.

5. Mentaati Rasulullah Saw, baik lisan atau perbuatannya

Sebagaimana yang telah dinyatakan dimana Allah Swt mensyaratkan untuk dapat menjadi kekasih-Nya maka harus mengikuti dan meneladani Rasul-Nya sebagaimana firman-Nya, “Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” (Qs. Ali Imran [3]:31)

Antara lain perintah kepada manusia untuk mentaati dan mengikuti Rasulullah s.a.w adalah,

1) “Apa yang diberikan rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Qs. Al-Hasyr [59]:7), 
2) “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-(Nya),” (Qs. Al-Nisa [4]:59), 
3) “Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan.” (Qs. Al-Anfal [8]:46)

Kita juga diajarkan untuk sentiasa mencintai Rasulullah S.a.w dan keluarganya dengan memperbanyakkan membaca salawat dan salam kepada baginda, ahli keluarga dan para sahabat-sahabatnya.

Sebenarnya ada 1001 cara yang boleh dilakukan untuk meraih cinta dan menjadi kekasih Allah. Apa yang saya gariskan dan kongsikan di atas adalah perkara-perkara yang biasa kita lakukan dalam kehidupan seharian sebagai hambaNya yang lemah. Lagipun, saya menulis berdasarkan pengetahuan saya yang terhad dan insan yang tidak sempurna.

#sebarkanbahagia, #panduan, #motivasi
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "Cara-Cara Menjadi Kekasih Allah"

Subhanallah semoga dapat menjadi motivasi buat kita semua ...

Salam dari Pulau Dollar

Assalamualaikum.

ada 1 cara lagi yg begitu mudah bagi kita ummat Muhammad s.a.w dicintai Allah dan jadi kekasih-Nya iaitu apabila kita buat kerja agama sambung kerja Nabi s.a.w ajak manusia kepada Allah dgn pengorbanan diri, harta dan masa semata-mata kerana Allah. Allah sgt suka hal ini.

Waalaikumussalam..

ya..berjihadlah, fi sabilillah..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top