Hikmah Dan Pengajaran Daripada 6 Teka Teki Imam Al Ghazali

aynora nur | 27 November, 2014,3:08 PM |
Advertisement
Hikmah Dan Pengajaran Daripada 6 Teka Teki Imam Al Ghazali - Melihat dari perspektif Islam sendiri, ada banyak kebaikan teka-teki dalam kehidupan kerana dapat memberi maklumat baru. Oleh itu, keunikan teka-teki boleh digunakan untuk mengajukan soalan yang mengingatkan kita kepada Allah SWT dan mempunyai unsur yang baik.




Sepertimana teka-teki yang diberikan oleh Imam Al Ghazali kepada anak muridnya. Setiap teka-teki diberikan jawapan benar tetapi ada yang lebih benar dari semua itu. Jawapan yang sebenar-benarnya adalah berdasarkan kepada al Quran kalam Allah.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki):

1. Imam Ghazali, "Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"

Murid 1 = "Orang tua”
Murid 2 = "Guru”
Murid 3 = "Teman”
Murid 4 = "Kaum kerabat”

Imam Ghazali, "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah ali-Imran :185).

2. Imam Ghazali, "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1 = "Negeri Cina”
Murid 2 = "Bulan”
Murid 3 = "Matahari”
Murid 4 = "Bintang-bintang”

Imam Ghazali, "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

3. Imam Ghazali, "Apa yang paling besar didunia ini?”

Murid 1 = "Gunung”
Murid 2 = "Matahari”
Murid 3 = "Bumi”

Imam Ghazali, "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

4. Imam Ghazali, "Apa yang paling berat didunia?”

Murid 1 = "Baja”
Murid 2 = "Besi”
Murid 3 = "Gajah”

Imam Ghazali, "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).

Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

5. Imam Ghazali, "Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 = "Kapas”
Murid 2 =  "Angin”
Murid 3 =  "Debu”
Murid 4 =  "Daun-daun”

Imam Ghazali, "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

6. Imam Ghazali, "Apa yang paling tajam sekali didunia ini?”

Murid- Murid dengan serentak menjawab, “Pedang!”

Imam Ghazali, "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Secara keseluruhannya kita dapati bahawa teka-teki Imam Al Ghazali itu penuh pesanan, hikmah dan pengajaran untuk kita yang mengerti dan mahu mencari ketenangan hakiki. Sesungguhnya kita tertipu dengan malam dan siang yang menyibukkan kita, dan kita tak tahu manakah yang patut kita pilih? Adakah kita patut  berseronok atau beribadat? Pililah menyibukkan diri untuk mendekatkan diri dengan Allah, sujud padaNya dan kemudian berusaha bersungguh-sungguh umpama kita akan hidup selama-lamanya. Penuhi tanggungjawab sebagai hambaNYA yang soleh.

Rujukan:
1. Berita Harian
2. CahayaPurnama.Com
Sebarkan Bahagia:
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Hikmah Dan Pengajaran Daripada 6 Teka Teki Imam Al Ghazali"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top