Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Keropok Lekor Tidak Berkhasiat?

Keropok lekor tak berkhasiat? Mana dapat statement macam itu? Sekarang ini di mana-mana saja kita boleh dapat keropok lekor dengan mudah. Dan, jika ianya kurang berkhasiat, mengapa keropok lekor boleh dijual berleluasa dan digemari oleh pelbagai golongan dan peringkat umur.



Keropok Lekor Tidak Berkhasiat?


Siapa kata keropok lekor kurang berkhasiat? Tahukah anda ada banyak khasiat dan kebaikan memakan keropok lekor. Antaranya:

1. Sumber protein

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas.

2. Sebagai penambah selera makan

Ada sesetengah orang menjadikan keropok lekor sebagai lauk tambahan di dalam menu makanan mereka dan dijadikan lauk sampingan yang boleh menambah selera. Tak percaya? Boleh dicuba...

3. Sebagai alternatif makanan ringan yang berkhasiat untuk kanak-kanak

Kanak-kanak juga menggemari keropok lekor terutamanya apabila dipotong kecil dan dijadikan seperti makanan ringan atau snack dan disiram dengan sedikit sos cili. Daripada mereka membeli makanan ringan yang mengandungi perwarna dan perisa tambahan, lebih baik membiarkan mereka makan keropok lekor yang terbukti khasiatnya.



Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat keropok lekor 

Antara bahan utama keropok lekor adalah isi ikan seperti ikan parang, ikan kerisi, atau ikan laut, yang paling banyak sekali ikan tamban, kerana keropok yang menggunakan ikan tamban akan berasa rangup bila di goreng dan lebih terasa ikan nya. Kemudian dimasukkan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.


Jenis-jenis keropok lekor

Keropok lekor ada bermacam jenis dan perisa bergantung dengan jenis ikan yang digunakan. Terdapat beberapa jenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan seperti keropok kering, keropok lekor (basah) dan keropok bersira.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk.

Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng. Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Cara simpan keropok lekor supaya tahan lama

Sebenarnya keropok lekor boleh di simpan lama apabila dibuka dari bungkusannya dan diletakkan di dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan kelembutannya, rebus keropok lekor terlebih dahulu selepas dikeluarkan dari peti ais.




Daripada ulasan di atas, masihkah anda percaya bahawa keropok lekor kurang berkhasiat dan tidak baik terutamanya kepada kanak-kanak? Sebenarnya apabila sesuatu perkara dilakukan dengan cara yang betul dan mengikut peraturan yang ditetapkan, ia boleh mendatangkan banyak manfaat kepada penggunanya.

Makan keropok lekor dengan nasi panas pun sedap...

#sebarkan bahagia...

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. keropok lekor !! suka makan cenggitu ataupun digoreng... sedappppppppppppp sangat !!

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close