Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mutiara Kata Ali bin Abi Talib

Mutiara Kata Ali bin Abi Talib - Perkongsian yang baik dengan anda yang membaca blog ini adalah saya petik kata2 @ mutiara kata daripada Ali bin Abi Talib r.a.

Sedikit info tentang Ali bin Abi Talib. Nabi Muhammad yang telah memberinya nama ketika merawatnya sewaktu kecil. Menurut baginda, nama tersebut ditetapkan oleh Allah. Ketika dilahirkan, ayahnya bersama Nabi Muhammad sedang pergi keluar Kota Makkah. Ibunya memberi dia nama Asad dan Haidar. Ayahnya memanggil dia Ziad.

Bukan sekadar hubungan darah membuat Ali begitu istimewa bagi Rasulullah. Akhlak, iman, dan ilmunya juga agung. Ali lebih dulu masuk islam berbanding Abu Bakar, Umar, dan Usman. Dalam hadis disahihkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Main, Rasulullah bersabda, "Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. Siapa ingin memasuki kota itu hendaklah melalui pintunya."


Antara kata-kata mutiara palng termashyur Ali bin Abi Talib adalah,

"Setiap penulis akan mati. hanya karyanyalah yang abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti."




Mutiara Kata Ali bin Abi Talib


1. Nilai setiap individu bergantung pada apa yang membuatnya jadi baik.

2. Berbicaralah dengan seseorang sesuai dengan kadar akal fikiran mereka dan jangan sampai mendustakan Allah dan rasulNya.

3. Berhati-hatilah dengan kuasa seorang dermawan jika dia sedang lapar dan berhati-hatilah dengan kuasa seseorang yang tidak tahu membalas budi ketika dia sedang kenyang.

4. Rahsia seseorang tersimpan dibawah lidahnya.

5. Ada ketikannya dengan hanya satu ucapan dapat menutup kenikmatan.

6. Jangan kamu jadikan dirimu sebagai hamba kepada orang lain sebab Allah menjadikan kamu sebagai seorang hamba yang merdeka.


Sumber

Smile!
(berkongsilah dengan sesiapa selagi ia bukan yang buruk bagi penerimanya...)
aynora nur

Terima kasih kerana membaca Dunia Kita di sini. Sila Klik 'LIKE' Jika Suka Dan Sila Beri Pandangan ye, Lots of Love...AA

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Antara sahabat nabi s.a.w yg besar pengorbanannya utk islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Ayie, antara katanya..tanyalah Aku apa saja sebelum aku meninggalkan kamu...maksudnya dia memiliki pengetahuan yg luas dan tinggi..wallahua'lam

      Delete
    2. aynora..ayie setiap kali dengar nama sahabat nabi disebut seboleh2nya ayie akan balas radiallah'anhu..sbb para sahabat nabi s.a.w ini mmg Allah telah redha kpd mereka..hal ini disebut didalam al-Quran.

      cuma..ada segolongan puak yg terlalu mendewakan saidina Ali r.hu dan anaknya (cucu rasulullah s.a.w) terutama selepas kematiannya padahal semasa hayatnya saidina Ali sendiri memerangi kaum tersebut. Allahu 'alam.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close