Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Peminjam PTPTN Degil Akan Disenaraikan Di CCRIS Mulai Januari 2015

Peminjam PTPTN Degil Akan Disenaraikan Di CCRIS Mulai Januari 2015 - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NAsional (PTPTN) sudah mula serius dan bertegas kepada peminjamnya yang degil dan enggan bayar balik walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan. Ayuh!! Kita bayar balik hutang-hutang kita, samada kepada kerajaan, kawan-kawan, adik beradik dan lain-lain...


Peminjam PTPTN Degil Akan Disenaraikan Di CCRIS Mulai Januari 2015



Menurut PTPTN mereka sudah muak dengan isu pembayaran balik hutang oleh peminjam yang degil, jadi dengan cara ini diharapkan dapat menggalakkan mereka bayar balik hutang. Peminjam degil akan di senaraikan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) mulai Januari 2015.



Apa itu CCRIS?

Apa itu CCRIS? CCRIS atau dalam bahasa inggerisnya kenali sebagai Central Credit Reference Information System. CCRIS merupakan satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit atau hutang seseorang. CCRIS diselia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia.

Menurut bank negara, CCRIS di hubungkan dengan bank-bank di Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana-mana bank, mereka boleh menyemak maklumat pemohon sama ada di senarai hitam ataupun tidak melalui CCRIS. Di dalam laporan CCRIS terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan.

Laporan CCRIS adalah tentang jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan).

Kalau nak semak CCRIS anda sendiri, boleh pergi semak di Bank Negara yang terdapat di beberapa bandar utama di Malaysia. Mesin untuk menyemak CCRIS sangat mudah digunakan dan cepat.

Cara untuk mencetak CCRIS di Bank Negara:

1. hanya perlu membawa kad pengenalan untuk di scan di mesin tersebut,
2. laporan CCRIS akan di paparkan.
3. anda boleh memilih untuk mencetak laporan CCRIS tersebut sebagai rujukan.

Siapa yang akan di senaraikan dalam CCRIS?

Pada peringkat permulaan, ia melibatkan seramai 173,985 peminjam yang tidak pernah membuat sebarang bayaran melebihi tiga tahun dari tarikh mereka patut membuat bayaran balik mulai tahun 2010 dan sebelumnya.

PTPTN berharap peminjam akan mengambil langkah proaktif untuk membuat bayaran balik dan mengelakkan rekod bayaran tertunggak terkandung di dalam laporan kredit CCRIS.

Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh peminjam untuk mengelakkan disenaraikan dalam CCRIS adalah:

1. Dalam masa dua bulan ini (1/11/2014 hingga 31/12/2014) berunding bersama PTPTN
2. Boleh membuat perstrukturan semula jika mereka tidak mampu untuk membayar balik
3. PTPTN akan memberikan bantuan jika ada peminjam yang mahu berbincang
4. Boleh bayar balik secara bayaran penuh
5. Bayar balik secara ansuran

CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak. Ia adalah satu langkah untuk mengumpul maklumat kewangan peminjam. Ia adalah amalan biasa yang digunakan oleh institusi kewangan yang lain dan data tersebut akan menjadi rujukan dan penilaian untuk mereka.

Untuk makluman, PTPTN turut mengumumkan jumlah pengurangan pembiayaan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikurangkan lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mulai 1 November 2014.

Secara keseluruhannya, bayaran balik oleh peminjam akan menyelamatkan institusi pemberi pinjaman kepada pelajar itu lebih kukuh dan sekaligus dapat memberikan pembiayaan penuh seperti sebelum ini.

Sila sebar-sebarkan...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close