Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perlukah Menutup Aurat Ketika Memegang Dan Membaca Al-Quran?

Perlukah menutup aurat ketika memegang dan membaca al-Quran? Bila ada orang yang bertanya maka saya dengan ilmu yang terhad mengenainya mengatakan wajib menutup aurat. Namun selepas pembacaan dan rujukan beberapa artikel dan kitab, kebanyakan ulama' berpendapat tidak wajib menutup aurat ketika memegang dan membaca al-Quran...namun adakah ianya benar?




Perlukah menutup aurat ketika membaca al Quran?


1. Syeikh Salih al-Munajjid menjawab begini... Alhamdulillah. Tidak wajib bagi seorang perempuan itu untuk memakai hijab untuk membaca al-Quran kerana tiada dalil yang mewajibkan begitu. 

2. Syeikh Ibn al-'Uthaimin berkata : 'Tidak disyaratkan menutup kepala ketika membaca al-Quran...' (Fatawa Ibn Uthaimin, 1/420). Dan berkata Syeikh Ibn Uthaimin mengenai sujud tilawah : 'Sujud tilawah itu sama halnya dengan membaca al-Quran, tidak mengapa sujud dalam apa jua keadaan walaupun tidak memakai tutup kepala dan sebagainya kerana sujud tidak sama hukumnya dengan solat', (al-Fatawa al-Jami'ah li al-Mar'ah al-Muslimah, 1/249). 

3. Dan dirujuk semula jawapan kepada soalan di atas, 'Adapun tidak boleh membaca al-Quran dalam keadaan junub samada dari mushaf atau selainnya kerana telah sabit dari Nabi bahawa tiada suatu yang menghalangnya dari al-Quran kecuali janabah.' 

4. Adapun hadas kecil maka boleh membacanya tanpa memegang mushaf berdasarkan dalil umum.' (Majmu' Fatawa Syeikh Ibn Baz, 10/150)

5. Adapun yang lebih baik adalah berwudhu, kerana al-Quran itu Kalamullah, maka yang lebih baiknya adalah berwudhu' kerana kemuliaan al-Quran itu. 

6. Tetapi tidak boleh memegang mushaf tanpa wudhu' berdasarkan firman Allah yang bermaksud : (Tidak memegangnya (al-Quran) kecuali orang-orang yang suci) [al-Waqiah : 79].

Adab-adab membaca al-Quran


Sebagai perkongsian kepada anda semua, saya salin di sini dari sumber website Masjid al azim tentang adab-adab membaca al-Quran. Semoga ianya bermanfaat buat kita yang kurang ilmu berkaitan perkara tersebut.


1. Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.

2. Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid.

3. Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan tenang.

4. Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

5. Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca ta'awwudz.

6. Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.

7. Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.

8. Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.

9. Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.

Semoga apa yang dikongsikan menjadi manfaat buat semua yang terbaca atau membaca artikel tersebut di atas. Mungkin ada yang sudah tahu, dan ada pula yang belum tahu...tetapi pesan memesan kepada kebenaran adalah orang yang beruntung. Betul tak?

#Sebarkan bahagia... 

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. Tq Aynora.suka sgt artikel ni.kadang2 mak2 ni selalu sangat terganggu masa baca al-qutan.AA pernah baca sambil baring gara2 anak.sayang nk berenti setengah surah.tp AA x bacaa mushaf la masa tu.baca al-quran guna phone je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama AA...mana yang tahu kita share. Harap lebih jelas tentang hukum dan auratnya, kan..

      Delete
  2. Subhanallah.. great piece of entry... Thank you...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..aynora :)

    Memang klu baca al quran ayie pastikan pegang lebih tinggi dari paras pusat klu tak pakai rehal. Pegang dgn kedua belah tangan. Setiap kali baca mulakan dgn surah al fatihah dan 5 ayat awal surah al baqarah. Baca ta'awwudz dan basmallah pada setiap surah.

    terima kasih atas perkongsian ini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Terima kasih Ayie kerana berkongsi sunat2 membaca al Quran. Segala yg baik harus diwar2kan, semoga ilmu itu lebih bermanfaat.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close