Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Kosui Hitam Menawan

Resepi kuih kosui untuk sarapan pagi. Dalam tak tahu apa nak buat untuk menu breakfast hari ini, saya teringatkan keenakan kuih kosui yang di beli di sebuah kedai makan tempohari.


Biasanya kuih kosui yang saya beli warnanya agak coklat keperangan tetapi di warung kakak tersebut, kuih kosuinya berwarna hitam gelap dan cantik digaul dengan kelapa parut putih. Hmm...Saya sempat bertanya apakah rahsianya hingga warna kuih kosuinya begitu menarik.

Nak tahu rahsianya? Dia hanya menggunakan kicap pekat untuk dapat warna begitu. First time saya dengar. Tetapi tak ada rasa kicap pun...haha

Resepi Kuih Kosui Hitam Menawan


Bahan-bahannya:

Bahan-bahan (A) :

1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
1 sudu makan kicap pekat lemak manis
(Jadikan 2 cawan air gula)

Bahan-bahan (B) : 

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur makan 

Bahan-bahan (C) :
Kelapa parut yang dikukus sebentar dan dicampur sedikit garam


Cara-cara :

1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Tapis dan sejukkan.

2. Sebatikan bahan B, kacau rata dan tapiskan.

3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang (9") yang telah di sapukan dengan sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut. 

Jika buat dalam acuan lompang kukus selama 20 minit saja.




Nota tambahan: Jangan risau dengan campuran kicap pekat lemak manis dalam Resepi kosui hitam menawan kita ni yek, tak ada rasa kicap pun. Sebaliknya rasa kuih kosui tersebut lebih lazat, lemak manis dan kenyal. Warnanya pun amatlah menyerlah kehitaman dengan salutan kelapa parut putih di atasnya. Yummy!!

Nak cuba? Silakan...boleh kongsikan jika suka.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Assalamualaikum.

    kuih kosui ke nama kuih tu? laa selalu jgk mkn terutama masa kecik tapi baru tahu namanya kuih kosui...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ayie,

      Namanya kdg2 disebut kaswi/ kosui atau kuih lompang..haha

      Dulu tak berapa suka, bila ada org buat yg kena tekak kita...dah start suka dgn kuih tradisional ni.

      Delete
    2. aah aynora kat tempat ayie org panggil kuih lompang..hehe

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close