Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

16 Fakta Menarik Tentang Bayi Yang Perlu Kita Ketahui

16 Fakta Tentang Bayi Yang Perlu Kita Ketahui - Bayi sebenarnya dilahirkan pintar. Terutamanya bila kita mendengarkan bayi dengan muzik klasik.

Haa! Menarik kan? Ada lagi fakta yang lebih menarik yang perlu anda tahu tentang bayi anda. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik sahaja dilahirkan tetapi ia akan hilang dengan cepatnya.

Nak tahu fakta-fakta menarik yang lain tentang bayi anda? Baca fakta menarik seterusnya.




16 Fakta Menarik Tentang Bayi Yang Perlu Kita Ketahui


1. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

2. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

5. Deria rasa bayi masih tidak berbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

6. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

7. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

8. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

9. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

10. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

11. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Selamat membaca dan sebarkan bahagia kepada orang-orang di sekeliling kita.

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Hai,

    Salam perkenalan admin. Ini adalah komen pertama saya di blog ini. Baru tahu tentang fakta-fakta bayi ini.

    Subhanaallah, bila membacanya semakin tahu kita akan Maha Bijaksananya Allah, Tuhan Pencipta Allam Semesta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab singgah di blog ini. Itulah faktanya...memang menakjubkan kuasa Tuhan.

      Delete
  2. Assalamualaikum.

    bayi mmg ada kebolehan menyelam dlm air tapi ramai ibubapa kita bimbang klu2 bayi mereka lemas..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close