Bersenam Cara Skipping Yang Murah Tapi Membakar Kalori Lebih Banyak

loading...
Rahsia Bersenam Cara Skipping Yang Murah Tapi Membakar Kalori Lebih Banyak - Adakah anda ingat kali terakhir anda bersenam dengan menggunakan tali skip? Jangan sesekali pandang remeh pada tali skip. Walaupun murah, ia mampu membakar lebih banyak kalori daripada yang anda fikirkan. Tahukah anda, melompat menggunakan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan dengan efektif.

Lagipun senaman dengan menggunakan tali skipping ini boleh dilakukan dengan ahli keluarga dan boleh dilakukan di dalam rumah sahaja. Yang paling suka tentulah kanak-kanak, kan?





Sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minit manakala 1,000 kalori terbakar jika melakukannya selama sejam.

Senaman tali skip membantu memperbaiki sistem kardiovaskular, memberikan stamina, fleksibiliti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak.

Ia juga cara senaman berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporosis.

Tip skipping


Berikut tip ketika melakukan senaman menggunakan tali skip.


1. Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman.

2. Pegang kedua-dua hujung tali di antara ketiak dan siku lalu pijak ia bagi memastikan ukuran yang sesuai. Sekiranya berlebihan, simpul tali mengikut kesesuaian.

3. Digalakkan melompat hingga ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter.

4. Sertakan muzik.

5. Bagi menguatkan otot kaki, selalu melompat dengan menjengketkan kedua-dua belah kaki dan melompat setempat.

6. Tukar cara melompat daripada sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat bagi mengelakkan penat atau bosan.

7. Jika penat, perlahankan pusingan tali dan pastikan tumit kaki diletakkan ke lantai sebelum melompat semula.

8. Lakukan aktiviti regangan menyejukkan badan bagi memastikan tiada kecederaan berlaku.

#sumber

Nak cuba? Jom kita jaga kesihatan ikut kemampuan diri sendiri. Buat apa beli peralatan mahal tetapi akhirnya dijadikan perhiasan di ruang tamu...hihi

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    dulu masa duduk asrama mmg ayie rajin berskipping sampai beratus2 kali..try nak buat mcm ahli tinju punya skipping...haha

    tapi kena ada kasut yg sesuai..klu tak kasut nnti tapak kaki sakit2..

    ReplyDelete
  2. thanks kak .. tip membantu.. singah siNI bw =)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.