Bila Kita Cuba Menjadi Baik...

aynora nur | 04 December, 2014,2:29 PM |
Advertisement
Berhijrah itu baik. Daripada susah kepada senang, daripada jahat kepada baik, daripada kosong dada kepada penuh ilmu di dada. Ini hanya cakap-cakap kasarnya saja, iaitu semua orang simpan niat untuk berhijrah. Setiap hari pun saya menyimpan niat untuk berhijrah. Kadang-kadang setiap selepas solat kita pun berangan menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelumnya.

Namun tidak semua apa yang kita inginkan itu dapat dicapai dengan semudah kiraan 1, 2 atau 3. Sebaliknya yang namanya penghijrahan itu memerlukan pengorbanan yang tinggi serta kekuatan jiwa yang tidak berbelah bahagi.


Istiqamah untuk menjadi baik

Sesungguhnya Allah Maha membolak balikkan hati manusia. Mungkin hari ini kita telah berubah untuk menutup aurat. Tetapi esok lusa kawan-kawan sindir dengan kata-kata yang sinis. Kita pun buka aurat kita semula. Itu namanya hati kita masih berbolak balik. Belum cukup istiqamah.


Apa itu istiqamah kawan-kawan? Istiqamah maksudnya melakukan perkara yang baik dalam bentuk dan cara perlahan-lahan tetapi berterusan tanpa henti. Selagi kita belum mampu berhijrah dengan aturan yang disyariatkan oleh agama, selagi itu kita cuba berubah, cuba berhijrah. Istiqamahlah...walau sehari perubahan berlaku hanya seinci! Namun pastikan perubahan itu berterusan kawan-kawan...

Cabaran untuk berubah

Dalam situasi saya yang bekerja dan bertemu dengan ramai orang, perubahan kadangkala sukar untuk dilakukan. Persekitaran yang mencabar, kadar sosial yang tinggi, persaingan yang sengit serta perlumbaan memenangi gelaran tertinggi dalam jabatan selalu menjadi taruhan.

Namun begitu saya membuat satu 'mind setting'. Saya bekerja untuk membantu dan memudahkan urusan orang. Dalam setiap hal, saya niatkan untuk bersedekah dengan ilmu yang saya ada. Kita mendidik orang pun satu hijrah, satu tarbiyah dan yang bestnya dalam tak perasan Allah bagi kita pahala sedekah. Berbuat baik dan berkata dengan perkataan yang baik pun satu sedekah, bukan? Jawatan tertinggi jika dapat pun satu bonus, jika tak dapat pun tak jatuh niat kita untuk berhijrah.

Biarkan orang memandang serong dengan kita. Bersangka baiklah dengan Allah dan manusia. Berkongsi perkara yang baik pun orang akan mengata, apatah lagi kita berbuat jahat.

Jadi...apakah pilihan terbaik kita? Mungkin anda sudah pun ada pilihan yang dibuat. Berhijrahlah...walaupun payah! Kita diuji kerana Allah sayang...

Akhir kata, selalu menyampaikan perkara yang baik bukan sebab kita nak nampak baik tetapi kerana saya sukakan kebaikan.

Mutiara kata Imam Hassan al-Basri,

“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan."
Tag : Motivasi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
6 Komen untuk "Bila Kita Cuba Menjadi Baik..."

Assalamualaikum...

segala sesuatu bermula dgn niat kn aynora. adanya mind setting utk berbuat kebaikan itu pun Allah dah pandang.

Waalaikumussalam,
Iya ayie, niat dah betul, buatlah dgn berterusan. Berniat baik Allah akan tolong. Allah akan datangkan orang2 yang baik untuk melorongkan jalan buat kita.

This comment has been removed by the author. - Hapus

Assalamualaikum,

Seronok bila membaca tentang penghijrahan. Ianya sesuatu yang sangat penting untuk dihayati tuntutannya oleh umat Islam.

Masakan tidak, hingga Umar al-Khattab memilih tarikh Rasulullah berhijrah untuk dijadikan kalendar umat Islam.

Waalaikumussalam,

Hijrah nampak senang disebut, tetapi jika yang melaluinya itu berada dalam situasi sukar dan mencabar, hijrah menjadi perjuangan yang panjang dan berterusan. Tetapi kan manis akhirnya...

suka baca kisah para sahabat dulu-dulu masa mula-mula nak memeluk Islam.
kemudian, mereka istiqamah sabar dengan segala dugaan, istiqamah dengan segala perkara wajib dan sunat.
juga, suka tengok youtube tentang penghijrahan sahabat baru kita.
islam itu indah di mata mereka yang menyedarinya.
semoga kita juga tergolong di dalam golongan yang sentiasa diberkati Allah.
terima kasih jtuan blog atas perkongsian.
#blogspot:rawatankanser2013

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top