Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hukum Memaki Hamun Ibu Mertua

Hukum Memaki Hamun Ibu Mertua - Dalam zaman semakin mencabar ini, bermacam ragam dan kerenah anak-anak terhadap ibu bapa ataupun menantu dengan mertua. Kerana permasalahan ini, timbullah pelbagai masalah yang diluar kemampuan kita untuk membendungnya.

Bersama-sama ini saya sertakan petikan soal jawab agama dengan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil untuk renungan kita bersama. Semoga kita semua mendapat pengajaran dan kefahaman tentang hukum memaki hamun ibu mertua.





Soalan 1; 

Assamualaikum ustaz, Saya ingin mohon pencerahan dari ustaz mengenai taraf ibu mertua dengan menantu lelaki. Adakah sama seperti ibu kandungnya sendiri? Sekiranya dia pernah berbuat sesuai yang dianggap kurang ajar terhadap ibu mertuanya seperti memaki, menghalau sehingga menitiskan air mata si mertua, adakah dia telah tergolong sebagai telah melakukan dosa besar juga dianggap anak derhaka dan tidak mencium bau syurga seperti yang selalu kita dengar jika berbuat kepada ibu sendiri. Mohon penjelasan ustaz.

Sekian terima kasih.

Jawapan;

Bismillah. Ibu mertua tidaklah setara dengan ibu kandung sendiri. Namun bersikap kasar dan biadap kepada ibu mertua tetap berdosa sekalipun tidak sebesar dosa menderhaka kepada ibu sendiri. Wallahu a'lam.


Soalan2; 

Terima kasih ustaz atas jawapan. Mohon pencerahan lagi ustaz, apakah kategori dosa itu ustaz? Dosa kecil atau dosa besar? Apakah benar kedudukan ibu mertua adalah selepas ibu kandungnya? Seperkara lagi ustaz, adakah seorang nenek mempunyai hak untuk berjumpa cucunya? Sekiranya Hak itu ada & dinafikan apakah hukumnya ustaz? Terima kasih atas perhatian.

Jawapan;

Bismillah.

1. Tidaklah dapat dipastikan kedudukan ibu mertua adalah selepas ibu kandung tanpa dalil syarak. Setakat ini saya belum bertemu dalil yang mengesahkan perkara tersebut.

2. Berbuat kejahatan kepada ibu mertua ditegah syarak sama seperti berbuat jahat kepada orang lain, malah tegahan itu lebih kuat kerana dua faktor:

a) Ia menyalahi arahan Allah dan Rasul supaya melayani isteri dengan baik, termasuk dalam pengertiannya ialah melayani keluarga isteri terutama ibu-bapanya.

b) Bersikap biadap kpd ibu mertua seolah mengajar anak2 supaya bersikap biadap dgn nenek mereka sendiri, dan mungkin memutuskan silaturrahim antara mereka.

Adapun kategori dosa-besar atau kecil, ia bergantung kepada jenis kejahatan. Jika membabitkan cercaan dan makian sebagai contohnya, maka ia adalah dosa besar. Sabda Nabi saw: "Mencerca orang Islam adalah fasik dan nembunuhnya adalah kufur" (Soheh al-Bukhari).

3. Antara nenek dan cucu ada ikatan rahim (silaturrahim). Memutuskan ikatan rahim adalah dosa besar. Sabda Nabi saw: "Tidak akan masuk syurga org yg memutuskan hubungan rahim" (Soheh al-Bukhari). Suami yg menghalang anak-anaknya dari berhubung dengan nenek mereka tanpa sebab ia mengajar mereka melakukan dosa besar memutuskan rahim, dan mungkin berjangkit kepada tidak nenghormati ibu sendiri satu hari nanti.

Wallahu a'lam.

Sedikit info tentang Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku.

Read More ....


Post a Comment

7 Comments

  1. boleh tak fyna nak share kat blog fyna? dan backlink utk blog ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum puan Aynora,

    Walau apapun taraf, darjat, pangkat atau hubungan, Islam tidak pernah mengajar umatnya memaki hamun sesama manusia.

    Inikan pula ibu mertua yang hukumnya dah sama macam ibu kandung sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sdr Abdullah,

      Memang benar, seorang mukmin mesti memiliki akhlak yang terpuji. Semoga kita boleh mendapat pengajaran daripada artikel yg dikongsikan.

      Delete
  3. Assalamualaikum.

    skrg ni masalah rumahtangga kerap kita baca atau dengar di media tentu masalah di atas pun byk juga berlaku kn aynora..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close