Jangan Stres, Jom Diet Pelbagai Cara

aynora nur | 26 December, 2014,4:11 PM |
Advertisement
Jangan Stres, Jom Diet Pelbagai Cara - Susahnya nak displinkan diri dalam berdiet. Mungkin hari ini kita makan sedikit, esok lusa lupa lah pulak! Jadual diet pun dah tungang langgang. Hihi...


Ehsan Google


Untuk sihat perlukan pengorbanan yang tinggi terutamanya displin untuk mematuhi jadual pemakanan yang diperlukan. So, jangan stres, jom diet pelbagai cara seperti yang dicadangkan dalam Majalah RAPI.


Jangan Stres, Jom Diet Pelbagai Cara


Sup Sayur Jadi Snek

Lebih elok anda makan sup sayur sebagai snek. Ketika menonton televisyen atau membuat kerja yang memerlukan tahap tumpuan yang tinggi, anda cenderung untuk mengunyah. Daripada makan snek yang tidak sihat, makanlah sup sayur. Menurut kajian dariPennsylvania State University membuktikan sup sayuran lebih baik untuk mengurangkan berat badan berbanding snek rendah lemak.

* Tahukah anda, melonggarkan tali pinggang selepas makan akan menyebabkan usus terbelit dan memulas? Seeloknya jika anda mahu makan banyak, longgarkan tali pinggang terlebih dahulu sebelum makan.

* Menurut Susie Galvez dalam bukunya Weight Loss Wisdom:365 Successful Dieting Tip mengatakan makanan yang dimasukkan ke dalam mulut perlu dikunyah dengan perlahan dan nikmatinya sepuasnya sebelum anda berasa kenyang. Dengan cara ini, anda dapat mengawal jumlah makanan yang diambil.

Kurus Dengan Menyusukan Bayi Anda 

Bagi ibu selepas bersalin, susuilah bayi anda. Cara ini dapat membantu anda mengekalkan berat badan. Namun begitu, untuk kurus sepenuhnya anda harus menunggu sehingga bayi anda berusia sepuluh atau setahun ke atas sebelum berdiet secara mendadak. Berat badan yang turun secara melulu tanpa diet yang sihat akan membahayakan kesihatan anak anda.

Pistachio Redakan Stress

Seandainya anda merasa stres, amalkan kacang pistachio. Menurut kajian pakar nutrisi dari Universiti Penn, makan segenggam (11/2 auns) pistachio setiap hari selama sebulan dapat membantu menstabilkan tekanan darah ketika stres. Ambil sebanyak 3 auns sehari, iaitu separuh di waktu pagi dan separuh lagi di waktu petang, ia akan membantu meredakan ketegangan otot arteri. Secara tidak langsung membantu mengurangkan tekanan pada jantung. 1 ½ auns pistachio mengandungi 240 kalori dan 10gm lemak.

Saiz Perut Kecil Sahaja, Jangan Terlebih Makan!

Saiz perut seseorang hanyalah sebesar penumbuk mereka. Bayangkan betapa banyak yang anda makan untuk memenuhi ruang kosong dalam perutmu itu? Ada kalanya anda terlebih makan tetapi masih tidak menyedarinya. Menurut Michelle May, MD dan juga pengarang Am I Hungry? berkata rasa lapar ialah petanda apabila tubuh memberitahu yang ia memerlukan makanan. Apabila anda selesai makan, anda seharusnya merasa selesa bukannya penat, terlalu kenyang atau letih.

Bahagikan Jumlah Kalori 

Bagi mengelakkkan rasa mudah merasa lapar, makanlah kalori sedikit demi sedikit sepanjang hari. Penyelidik obesiti Rebecca Reeves berkata, kajian membuktikan orang yang makan empat ke lima snek dalam sehari mampu mengawal nafsu dan berat mereka. Bahagikan jumlah kalori yang anda perlu ambil dalam sehari dan bahagikan kepada pecahan kecil. Makan tidak salah tetapi ia perlu dihentikan sebaik sahaja anda selesai makan malam.

* Minuman detoks yang boleh anda buat sendiri di rumah adalah dengan mencampurkan air suam dengan satu sudu cuka epal bersama madu dan hirisan halia. Minuman ini dapat merangsang sistem pencernaan.

Semoga perkongsian di atas membawa manfaat buat kita semua. 
Tag : Diet, Tips Sihat
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Jangan Stres, Jom Diet Pelbagai Cara"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top