Permohonan Secara Online Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh 2015

Tudung kanak-kanak
Permohonan Secara Online Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh 2015 sudah mula dibuka kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan PT3 tahun 2014.


Permohonan Secara Online Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh 2015


1. Sila masuk terus ke laman web yang berkaitan; http://apps5.moe.gov.my/permohonansst4/spat4_2015/

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan secara online ke tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh 2015 adalah 30 DISEMBER 2014!

2. Paparan seperti berikut dipaparkan.



Klik pada item bertanda 1 >>>PERMOHONAN, kemudian sila masukkan No Mykad dan Angka Giliran anda. Seperti item bertanda 2 dan seterusnya setelah selesai boleh KLIK UNTUK LOGIN.

Seterusnya, klik pada PANDUAN PERMOHONAN untuk membaca cara-cara mengisi borang permohonan online. Antaranya panduan am dan panduan khusus mengisi borang permohonan. Contohnya seperti paparan dibawah.


A.PANDUAN AM
 1.Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
 2.Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab  pemohon dan boleh menyebabkanPERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
 3.Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum mencetak.
 4.Pengemaskinian boleh dilakukan SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
   
B.PANDUAN KHUSUS
 MAKLUMAT 1-5 AKAN DIPAPARKAN BERDASARKAN DATA DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.
   
 1.NAMA PEMOHON
 2.NO. KAD PENGENALAN
 3.ANGKA GILIRAN
 4.JANTINA
 5.KOD DAN NAMA SEKOLAH

Sila PRINT panduan mengisi borang permohonan untuk memudahkan mengisi borang.


3. Pakej Matapelajaran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2015




PILIHAN ALIRAN - Sila Nyatakan Pilihan Aliran Pemohon bagi setiap SBP yang dipilih 

AliranPakej Mata Pelajaran
Sains TulenBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia, Biologi,
Matematik Tambahan, EST (pilihan)
Sains Tulen (Agama )Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,
Pengajian Syariah.
AgamaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Sains,Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pengajian Syariah, Prinsip Perakaunan,
Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Sains TeknikalBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia,
Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan,
EST (pilihan).
Sains SosialBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains
Sejarah, Pend. Islam, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
 

4. Untuk mengetahui aliran SBP tingkatan 4 tahun 2015 boleh lah klik pada pautan berikut:

ALIRAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2015 & LAMAN WEB SEKOLAH


Setelah selesai mengisi borang, sila PRINT/CETAK borang permohonan tersebut untuk rujukan. Selamat maju jaya kepada adik-adik kita!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.