Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sebuah Doa Indah Untuk Keluarga

Sebuah Doa Indah Untuk keluarga - Disember yang datang membawa angin dingin. Dan kenangan pun menjelma menggamit segala yang tersimpan kemas dalam lipatan sejarah.




Ya, Disember mungkin indah tetapi seketika cuma. Seseorang yang disanjung pergi menyahut panggilan Illahi pada Disember yang dingin ini. Tiada lagi senyuman itu. Tiada lagi kehangatan Disember yang bersilih tahun berganti. Hanya doa-doa kudus yang mengiringi ingatan ini. 


Sebuah Doa Indah Untuk keluarga 


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….

Kau yang Maha Pengampun…
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan suamiku/ isteriku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
abang-abang kami, kakak-kakak kami, adik-adik kami, seluruh keluarga kami
sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia….

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu,dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan.Dekatkan kami dengan syurgaMu,dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami

Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim

Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat…
Matikanlah kami dalam agama Islam
Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami

Ya Allah Ya Rahman

Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku
Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku
Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu
Makbulkanlah doaku ini

Amin……..

Doa Untuk Ibu Bapa




Terjemahan Bahasa Rumi

Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro

Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Sebarkan bahagia dan kongsikan untuk manfaat bersama.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Ada satu petua atau kaedah utk doa kita lebih dimakbulkn Allah iaitu luaskn skop doa kita iaitu setelah berdoa untuk diri dan keluarga juga jgn lupa doa utk para mujahidin, para daie dan seluruh kaum muslimin serta hidayah untuk seluruh alam. Insya Allah doa tersebut lebih mudah makbul. Wallahu 'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ayie...insyaa Allah. Kita sama2 amalkan..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close