Koleksi Aneka Resepi Ikan Yang Lazat

aynora nur | 23 January, 2015,3:32 PM |
Advertisement
Advertisement

Ada masalah nak cari idea untuk resepi masakan berasaskan ikan? Jangan risau. Kerana saya ada Koleksi Aneka Resepi Ikan Siakap Yang Lazat di bawah ini yang saya ambil daripada blog-blog masakan yang terkenal. Dan gerenti lazat. Sebabnya...saya teliti bahan-bahan masakannya hampir sama dengan apa yang saya pernah guna sebelum ini...

Saya sebenarnya boleh juga memasak tetapi main campak-campak aje, itu yang 'gagal' dalam menyediakan satu resepi yang lengkap. Akhirnya buat kompilasi aje, senang nak rujuk dalam blog sendiri. Kan? Bagi yang nak cari idea memasak ikan, cuba cari dari koleksi resepi berasaskan ikan yang saya kongsikan ini.

 

1) Ikan Siakap Kukus Halia


Resepi pertama yang saya nak kongsi dan korang pun boleh buat semudah beberapa minit aje adalah Resepi Ikan Siakap Kukus Halia. Ikan siakap adalah antara ikan kegemaran saya dan keluarga. Tekstur isinya yang lembut amat sesuai untuk masakan stim/kukus. Lagipun ikan siakap sesuai untuk wanita yang sedang dalam tempoh berpantang. Sekarang pun dah mudah nak dapatkan ikan siakap. Resepi Ikan Siakap Kukus Halia ini saya ambil daripada blog masakan Sinar Kehidupanku kelolaan Ms Yatie. 





Bahan-Bahan

1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
2 inci halia – di hiris halus
3 biji bawang merah – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
10 biji cili padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 batang lobak merah – di hiris memanjang
2-5 cendawan shitake – di hiris halus
1 biji air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air

Cara penyediaaannya

1) Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2) Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3) Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4) Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.


2. Resepi Asam Pedas Ikan Merah 


Ha! Yang kedua lagi best, asam pedas ikan merah. Resepi ringkas tetapi gerenti sedap ini saya ambil dan cedok dari blog Amie's Little Kitchen. Asam pedas adalah masakan terkenal orang Johor dan ada banyak cara dan versi memasaknya. Namun yang membuatkan sesuatu rasa asam pedas itu naik dan rasa asli adalah kerana serai dan asam jawanya! Tak caya? Cuba buat tanpa dua benda ni, memang jadi lain..hihi





Bahan-bahan:

5 keping ikan merah
10 biji kacang bendi - potong bahagian tampuk dan ekor
1 batang serai - dititik
1 kuntum bunga kantan - belah 4
2 keping asam gelugur
2 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan


Bahan tumbuk / kisar:

30 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm halia
5cm kunyit hidup
sedikit belacan


Cara:

1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, bunga kantan, asam gelugur dan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan merah dan biarkan masak selama 5-7 minit - jangan masak terlalu lama sebab isi ikan merah lembut
4. Masukkan kacang bendi dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.


3) Resepi Ikan Cencaru Masak Lemak Cili Padi 


Resepi yang ketiga yang nak dikongsikan dalam koleksi aneka resepi ikan adalah Resepi ikan cencaru masak lemak cili padi. Resepi ini pun saya selalu buat tetapi kali ini saya ambil dari dapur resepi anak bapak yang kelihatan unik sedikit. Apa yang unik? Santannya datang daripada kelapa yang diparut bersama-sama bahan-bahan sampingan lain. Agak berlainan kerana biasanya kita ambil santan kelapa sahaja, tetapi resepi anak bapak guna sekali dengan kelapa parut tersebut. 

Jika nak lebih kaw...masukkan sepotong atau dua potong nenas, ikut suka. Ada masam-masam manis rasa nenas tersebut. Cuba lah! - yang ini saya tambah..hihi




Bahan-bahan:

3 ekor ikan caru disiat kulit (bakar separuh masak dan buang kulit)
1/2 biji kelapa (santan)
Setangkai serai (dititik)
2-3 daun limau purut
Garam secukup rasa


- Kisar semua bahan2 bawah ni -

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
2 biji buah keras
15-20 tangkai cili padi
2-3 keping daun limau purut
Kelapa parut - dalam segenggam atau lebih (ikut citarasa)


Cara-cara:

1) Panaskan periuk & tumis semua bahan-bahan kisar. Masukkan serai, daun limau dan tumis sampai naik minyak serta bau.

2) Masukkan santan & ikan biar sampai mendidih dan masak.. sedia untuk dihidang.

~ Kalau diperhatikan, antara bahan kisaran yang digunakan ialah kelapa parut dan dikisar bersama (bukan kelapa kerisik ataupun kelapa goreng) ada kelainan sedikit dengan resepi ni.. kuahnya pun likat dan pekat. selamat mencuba ;)


4) Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis  


Ikan bawal boleh tahan juga mahalnya. Terutamanya ikan bawal putih. Namun itu semua bukan jadi persoalan jika kita tahu memasaknya dan menghasilkan rasa yang lazat. Resepi ikan bawal masak masam manis di bawah ini saya ambil daripada blogger masakan terkenal iaitu En Mat Gebu!






BAHAN-BAHANNYA:

2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
Sedikit lada sulah*(*disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
3 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
1 camca besar sos tomato
3/4 camca besar cili kisar
1/4 cawan cili sos
Sedikit air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA:

1) Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata2. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
2) Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. 3) Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap.
4) Masuk sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
5) Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
6) Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
7) Siap untuk dihidangkan.


5) Resepi Ikan Keli Goreng Berlada 


Seterusnya koleksi aneka resepi ikan saya kongsikan resepi yang amat mudah! Sesiapa pun boleh mencubanya terutamanya bagi newbie...iaitu resepi ikan keli goreng berlada. Jika anda tak makan ikan keli, tukarlah kepada ikan selar kuning atau ikan kembung pun boleh. Hihi...

Resepi ikan keli goreng berlada yang lazat ni saya ambil daripada website Karangkraf. Mungkin resepinya nampak mudah, kalau rasa nak tambah bawang putih dan bawang merah pun boleh. Tak ada masalah pun...






Bahan-bahannya:

1 ekor ikan keli       } dibersihkan lalu digaul dengan serbuk kunyit dan garam
20 tangkai cili padi } dikisar
Garam
Gula
Minyak

Cara membuatnya:

1) Panaskan minyak dan goreng ikan keli yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2) Tumis cili api kisar sehingga naik bau. Masukkan garam dan gula. Ikut cita rasa dan kacau sehingga masak sepenuhnya.
3) Setelah itu, siramkan bahan tumis tadi ke atas ikan keli goreng.


Selamat mencuba! Kalau suka boleh salin dan sebarkan...
Sebarkan Bahagia:
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Koleksi Aneka Resepi Ikan Yang Lazat "
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top