Mengapa Memilih Tempat Untuk Berdoa?

aynora nur | 30 January, 2015,11:33 AM |
Advertisement
Ada sesetengah orang yang mengeluh apabila doanya lambat dimakbulkan. Ada juga yang berputus asa untuk berdoa kerana tidak mendapat apa yang diinginkan. Naauzubillah...janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah! Jika kita pergi ke Madinah, ramai yang berebut-rebut untuk berdoa di Taman Raudhah. Kerana apa? Kerana ada orang mengatakan bahawa berdoa di Taman Raudhah, cepat makbul doanya. Jadi saya ada baca satu tulisan daripada Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim tentang hal ini, iaitu jika inginkan doa mustajab.


Cari Masa Sesuai Doa Mustajab

Berdoa Tidak Perlukan Tempat Yang Khusus


Pernah tak dengar satu hadis Qudsi, riwayat Muslim dan Bukhari yang berbunyi,

“Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?”

Kata Professor Dr. Muhd Kamil lagi, janji Allah ini tidak merujuk khusus pada tempat, tetapi masa. Pukul berapa? Pukul 2 pagi, 3 pagi, 4 pagi. Tuan-tuan tak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan doa yang mustajab. Ia berada pada diri kita, dan berada di mana-mana sahaja. Adakah kita menggunakan peluang ini sepenuhnya?

Kedua: Pernah dengar tak hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa mereka yang berpuasa, doanya sangat mustajab? Puasa juga tidak mensyaratkan tempat. Adakah kita sudah menggunakan peluang ini? Puasa sunat boleh dilakukan setiap Isnin, dan Khamis, atau selang sehari seperti puasa Nabi Daud, dan juga juga puasa pada hari-hari putih iaitu 13, 14, dan 15 haribulan hijrah.

Ketiga: Puan-puan dan tuan-tuan pernah dengar tak bahawa doa ibubapa sangat mustajab? Status ibubapa tak bergantung pada masa, atau tempat. Oleh itu sentiasalah berdoa untuk anak-anak kita.

Kita telah sebut tentang doa yang mustajab, sekarang saya nak sentuh tentang taman syurga pula. Taman syurga juga ada bersama kita kerana Nabi SAW berkata barangsiapa yang menghadiri majlis ilmu, maka dia berada di taman syurga. 

Untuk buat majlis ilmu, kita tidak boleh lokek atau berkira. Tidak mengapalah apabila kita perlu mengeluarkan sedikit belanja kerana yakin ada ganjaran yang lebih tinggi di sisi Allah SWT. Setelah kita tahu, cubalah kita usahakan untuk mengamalkannya.

Sumber bacaan daripada,
Kuliah Maghrib Bersama Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
6 Komen untuk "Mengapa Memilih Tempat Untuk Berdoa?"

Assalamualaikum aynora. slm jumaat :)

ayie suka bab doa2 ni.
doalah dlm keadaan kita tahu apa yg kita doakan. Tahu bahawa Allah Maha Kaya, Maha pemberi, Maha Pemurah...jika Allah beri semua yg kita doa kn sikit pun tak luak khazanah Allah, malah Allah lagi suka untuk memberi apa yg kita doa kn sebenarnya. Sentiasa hati mengingati dan ada hubungan dgn Allah. Luaskan skop doa dari hanya terbatas utk diri sendiri dan keluarga saja juga kepada sahabat, jiran2, daie, mujahidin, seluruh umat islam dan hidayah seluruh alam.

Ada 4 hal berkaitan doa :
1 - segera Allah kabulkan.
2- lambat dikabulkan atas sebab hanya Allah saja yang mengetahui.
3 - Allah tukar apa yg kita doa kepada sesuatu yg lain yg lebih baik.
4 - Allah tak tunai di dunia tapi Allah akan tunai di akhirat sampai kelak org yg berdoa itu berkata "alangkah baiknya jika tidak ada satu doa pun yg aku minta di dunia dulu ditunaikan Allah supaya semuanya ditunaikan Allah di akhirat."

yang ke-4 ini betul2 memberi motivasi bagi Ayie. :)

Allahu 'alam.

Waalaikumussalam Ayie. Terima kasih sharing ilmunya. Sama-sama kita sebarkan perkara baik. Ia juga sedekah jariah yang tak ternilai. Doa juga boleh mengubah takdir, insyaa Allah..

Setuju dengan bila nak ke majlis ilmu, jangan lokek. Sekarang ni kalau ade event-event hiburan berbayar, laju je orang pergi. Tapi kalau ade event ceramah berbayar, macam susah orang nak hulur duit kan.

Anyway, salam singgah dari follower #1010. Nombor cantik ni. :)

Yup! Terima kasih sebab singgah, dan baca artikel. Kesedaran yang penting, kan.
Hihi...follow blog ni yer? Appreciate sangat.
Tak perasan pulak angka cantik...,sebarkan ilmu jom!

doa mcm hujan tgh turun pun mustajab jugak kan :D

Betul tu dear..
Thank you coz singgah sini

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top