Rahsia Tips Mudah Menulis Artikel Di Blog

aynora nur | 09 January, 2015,8:00 PM |
Advertisement
Rahsia Tips Mudah Menulis Artikel Di Blog - Menulis memang mudah! Sesiapa sahaja boleh menulis tetapi mampukah kita mendapat markah A+ dengan artikel yang kita tulis itu? Ada rahsia tips mudah menulis artikel di blog tanpa membuang masa berjam-jam. Yang penting anda ada mood, ada sedikit idea dan mahu menulis artikel itu dan passion yang tinggi!




Rahsia Tips Mudah Menulis Artikel Di Blog


Saya hanyalah penulis blog yang biasa-biasa sahaja, kadang-kadang rajin update entri dan kadangkala penyakit 'M' sangat menebal dalam tubuh badan ini. Untuk dalam tempoh tahun 2014, saya telah menghasilkan lebih kurang 350 artikel di blog. Jadi, saya bukanlah penulis blog yang terlampau rajin. Tetapi at least, saya suka cari ilmu rahsia tips mudah menulis artikel dan kongsikan dengan anda semua. Hihi...


Merancang Masa Yang Sesuai Untuk Publish Artikel

Masa itu emas! Rancang masa anda bilakah masa yang paling tepat untuk anda menulis? Adakah anda mahu artikel itu diterbitkan serta merta? Jika ya, bilakah waktu yang sesuai untuk publish artikel anda? Menurut satu kajian oleh analisis pemasaran, waktu sesuai menerbitkan artikel di blog atau medium media sosial adalah seperti berikut:

1. 6 pagi hingga 7 pagi
2. 9 pagi hingga 10 pagi
3. 11 pagi hingga 2 petang
4. 3 petang hingga 5 petang
5. 7 malam hingga 9 malam
6. 11 malam hingga 12 tengah malam


Tahu Serba Sedikit Pasal On-Page SEO

Pasal On-Page-SEO, ia mudah sebenarnya. On-Page SEO sebenarnya ciri-ciri SEO yang boleh nampak pada artikel kita sekali pandang boleh tahu samada tulisan tersebut ada ciri-ciri on-page SEO ataupun tidak. Contohnya seperti gambar yang saya sertakan di bawah.


Setiap kali nak menulis artikel, tepek gambar di atas kat sebelah anda atau di komputer anda. Jika lupa nak letak keywords, semak semula tulisan anda dan selitkan keywords di mana-mana bahagian ayat yang sesuai. Antara ciri-ciri artikel on-page SEO adalah:

1. Ada keyword pada permulaan tajuk sesebuah artikel
2. Menggunakan URL yang Mesra SEO
3. Bounce Rate yang rendah/kecil
4. Ada menyertakan Outbound Links
5. Memasukkan Keyword Dalam 100 Perkataan Pertama
6. Membuat Blog Post/ artikel yang agak panjang


Hanya Tumpukan Pada Niche Blog Kita

Tulis artikel apa yang anda tahu dan minat sahaja. Bila artikel tersebut anda faham, maka untuk anda memasukkan fakta, data, lampiran gambar dan sebagainya akan jadi mudah. Lebih berkesan jika anda menulis berdasarkan niche atau tema blog anda. Contohnya jika blog anda adalah blog hiburan. Maka, segala isi dan isu semasa dunia hiburan bolehlah anda ceritakan melalui tulisan atau artikel anda itu.


Menulis Yang Baik-baik

Sebagai penulis, kita mestilah memainkan peranan penting sebagai penyampai maklumat yang telus dan tidak memanipulasikan berita dengan keadaan semata-mata. Sampaikanlah, walau hanya sepotong ayat! Tetapi pastikan anda tidak mengajak melakukan perkara-perkara yang bersalahan dengan syariat agama dan juga tidak menyusahkan orang lain.

Tulislah yang baik-baik. Ingat pesan Ali bin Abi Talib, setiap penulis akan mati. Jadi tulislah sesuatu yang membahagiakanmu di akhirat nanti. 


Menulis Apa Yang Kita Pasti

Buat artikel yang kita tahu dan pasti tentang sesuatu kesannya, faedah dan manfaat kepada orang lain. Jika buat artikel berkaitan resepi, make sure anda telah mencuba resepi-resepi tersebut.





Tetapi jika anda hanya ambil salin dan tampal pada blog post anda, maka anda memang buat silap besar. Tulisan artikel anda akan nampak tiada roh! Tiada auranya. Kecuali anda buat tajuk tentang kompilasi atau koleksi resepi dari chef-chef terkenal. Itu memang kerja mudah, copy & paste dan backlink kan ke blog terbabit. Mudahnya menulis artikel di blog, kan?

Ok. Silakan kongsi, sebarkan dan salin atau apa saja artikel tentang rahsia tips mudah menulis artikel di blog seperti di atas agar lebih ramai orang boleh menulis artikel yang bermanfaat kepada lebih ramai orang.

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
3 Komen untuk "Rahsia Tips Mudah Menulis Artikel Di Blog "

Salah satu tip untuk jadikan artikrl tulisan kita disukai pembaca ialah pastukan ianya mempunyai fakta dan sebaiknya sertakan juga dari sumber mana anda dapatkan fakta tersebut.

Contohnya: "Kajian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2010 menunjukkan bahawa 2 dari 10 orang dewasa akan mengidap diabetis".

Bila pembaca membaca fakta tersebut,mereka tahu yang kita dah buat 'homewok' dulu sebelum menulis. Jadi,mereka akan datang lagi ke blog kita untuk membaca artikel seterusnya.

Benar. Walaupun nak guna teknik copy & paste, kena baca artikel tersebut sampai habis dan buat ulasan kita juga tentang topik yg berkaitan. Lagi satu, gunakan bahasa yang betul.

Terima kasih kerana kongsi info.

Artikel berbentuk cerita juga lebih sedap dan lazat dibaca daripada jenis fakta

Terpulang pada cara penulis untuk mengolah mesej yang nak disampaikannya dalam bentuk cerita yang disulam emosi

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top