Resepi Jemput-Jemput Sayur Yang Ringkas

loading...
Resepi Jemput-Jemput Sayur Yang Ringkas akan saya kongsikan buat peminat resepi dan juga peminat jemput-jemput. Hehe...

Siapa yang tak pernah makan jemput-jemput? Saya rasa anda semua pernah makan jemput-jemput, kan? Saya pun ada buat beberapa resepi jemput-jemput yang ringkas sebelum ini.





Resepi Jemput-Jemput Sayur Yang Ringkas


Bahan-bahannya;

1 kilo tepung gandum
50 sen taugeh dibersihkan
1 biji bawang besar dicincang halus
1/2 sudu kecil Soda bikarbobat
Garam secukup rasa
1/2 cawan air panas
Air masak

Cara membuatnya;

1. Taugeh dan bawang cincang digaul rata dalam tepung. Masukkan soda bikarbonat.

2. Uli tepung dengan air masak yang dilarutkan dengan garam. Bila adunan telah lembut, masukkan air panas tadi dan gaul rata. Bancuhan tepung jemput-jemput biarlah cair sedikit.

3. Goreng dalam minyak yang penuh.

4. Bila jemput-jemput telah berwarna kekuningan, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba resepi jemput-jemput sayur yang ringkas ni...

Pasti jadi punya!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.