Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Penuh Pergilah Air Mata | Drama Adaptasi Novel Hanni Ramsul di RTM

Drama adaptasi novel lagi. Kali ini novel Pergilah Air Mata bakal didramakan dan akan ditayangkan di TV 2 tidak lama lagi. Novel ini memang sedih kisahnya. Kalau tak silap dah lama juga berada di pasaran, dah bertahun. Kalau tak silap Pergilah Air Mata mula berada di pasaran tahun 2012 lagi. Sehinggakan saya pun dah terlupa perjalanan kisahnya. Hihi... 




Para pelakon yang bakal membintangi Pergilah Air Mata adalah Kamal Adli, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Izreen Azminda, dan ramai lagi. Drama ini akan ditayangkan di RTM 2.


Sinopsis Penuh Pergilah Air Mata


Namun saya kongsikan sinopsis di belakang kulit novel untuk informasi anda semua.

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi. Sumpah bukan ini yang aku mahu. Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit.
... SABRINA






Memang aku benci. Memang aku tidak rela dengan takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini? Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita? Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku? Di mana noktahnya mainan perasaan ini.
... BADRUL


Sinopsis Drama Pergilah Air Mata


Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina. Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?


Ending Drama Pergilah Air Mata? 


Yang ini special ending yang ditulis oleh Hanni Ramsul. Special entry katanya...tetapi saya ringkaskan mengikut kefahaman saya la...

Ikmal membawa diri kerana kecewa dan sedih dengan cintanya yang tidak kesampaian terhadap Sabrina. Sabrina sentiasa mendoakan kebahagiaan buat Ikmal. Ikmal merupakan bakal tunang Sabrina tetapi tak jadi. Antara mereka tiada jodoh sedangkan Ikmal yang banyak membantu Sabrina ketika dia dalam kesusahan.    

Dayana hadir pada hari persandingan Badrul dan Sabrina. Dia turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Semuanya kembali jernih dan mereka bertiga sepakat saling menyokong antara satu sama lain. 
  
Sedutan special ending Pergilah Air Mata oleh Hanni Ramsul.

Sabrina tersenyum kecil menanggapi kata-kata berbaur gurauan dari Dayana.
"Saya pun tak tahu nak cakap apa. Cuma, saya mendoakan yang terbaik untuk awak Dayana. Dan, terima kasih sebab tak salahkan saya,"
Dayana tergelak kecil.
"Hidup mesti pandang ke depan. Kan?,"ucapnya bersama gelak itu. Sabrina senyum. Badrul turut tersenyum.
"Selamat pengantin baru. I balik dulu,"
Badrul mengangguk.
"Thanks Yana for coming. Kita masih boleh jadi kawan kan?,"
Dayana tersenyum kecil. Memandang wajah Sabrina dan Badrul. Dia senang melihat senyum bahagia di bibir pasangan pengantin ini. Namun, tidak mungkin dia mampu menepis rasa sayu dan sedih yang turut mengganggu emosinya.
"Honestly, biar masa yang tentukan. I terima semua ni. Tapi, I tak nak hipokrit dengan sisa-sisa perasaan ni,"
Badrul mengangguk perlahan. Dan Dayana tersenyum kelat.
" I have to go,"
Dan Sabrina juga Badrul hanya memandang langkah Dayana yang semakin menjauh.
"Sudah-sudahlah tu. Dah jauh pun perginya,"
"Hah?,"
Sabrina tersenyum melihat Badrul yang sedikit terpinga-pinga. Kemudian senyum melebar di bibir lelaki itu. Sedar, usikan Sabrina yang mengulangi kata-katanya sebentar tadi.
"Ok…Seri. Satu – satu,"
Sabrina tersenyum kecil. Mengalihkan perhatiannya pada para tetamu yang kian surut. Sungguh dia bahagia hari ini. Segala-galanya berubah menjadi terlalu indah.
"Tak sangka saya dapat rasa semua ni,"dia bersuara tenang. Badrul diam. Mengamati wajah Sabrina yang cukup berseri di dalam persalinan berwarna jingga.
"Happy?,"
Sabrina tersenyum lebar sambil mengangguk.
"Jom,"
"Ke mana?,"
Badrul sekadar mengukir senyum sambil mencapai jemari Sabrina. Melangkah sedikit laju membuat Sabrina sedikit terkejar-kejar.
Sebuah novel happy ending...

Selamat membaca novel, menonton drama Pergilah Air Mata yang di adaptasi dan ambillah manfaat daripadanya.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close