Kelebihan Dan Keistimewaan Surah Al-Fatihah

aynora nur | 08 February, 2015,8:23 AM |
Advertisement
Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Fatihah - Adakah anda mengira berapa kalikah sekurang-kurangnya surah al-Fatihah di baca dalam sehari? Adakah anda faham mengapa Surah al-Fatihah diulang-ulang bacaannya di dalam solat? Sebenarnya, setiap orang Islam membaca surah al-Fatihah yang pendek dan mengandungi tujuh ayat ini sekurang-kurangnya tujuh belas kali sehari semalam dan lebih sekali ganda lagi apabila ia menunaikan solat sunat dan sebanyak-banyaknya tanpa had apabila dia ingin mengadap Allah dengan solat-solat tambahan selain dari solat-solat fardhu dan solat-solat sunat.

Setiap solat tidak sah tanpa membaca surah ini. Ini berdasarkan keterangan hadith al-Bukhari dan Muslim dari Rasulullah S.A.W dari hadith 'Ubadat bin as-Samit: Sabda Rasulullah SAW: 

لاصلاةلمن لايقرأبفاتحةالكتاب 


"Tiada solat kepada mereka yang tidak membaca Surah al-Fatihah." 

Di dalam surah ini terkandung dasar-dasar 'aqidah dan dasar-dasar kefahaman Islam, juga dasar-dasar perasaan (terhadap Allah) dan tawajjuh (berdoa) yang membayangkan sebahagian hikmat mengapa Surah al-Fatihah dipilih untuk diulang-ulangkan bacaannya dalam setiap raka'at solat dan hikmat batalnya setiap solat yang tidak dibacakan Surah al-Fatihah.


Surah Al-Fatihah & Maksudnya





Surah al-Fatihah dalam rumi


1. Bismillahhirrahmaanirrahiim
2. Alhamdulillah hirabbil aa'lamiin
3. Arrahmaanirrahiim
4. Maalikiyau middin
5. Iyyakana' budu wa'iyya kanastaiin
6. Ihdinassiratal mustaqiim
7. Siratal lazi na'an am ta'aalaihim, ghairil maghduu bi alaihiim, Walaatthaalliin....


Maksudnya


1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang menguasai hari pembalasan.

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.

7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Kelebihan Dan Keistimewaan Surah Al Fatihah


1) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"

2) Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:

"Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

3) Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

4) Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

5) Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

6) Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

7) Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."

8) Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t. bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

9) Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':

"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."

10) Surah Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

11) Ikhtiar mengubati penyakit : Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

12) Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada si sakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.

13) Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surah Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.

14) Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala jengking:

Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.

15) Mengubati sakit gigi dan lain-lain:

Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

16) Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w."

"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:

"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:

"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan". 

Sumber rujukan:

1. http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatdankhasiatalfatihah.htm
2. http://alambuku.tripod.com/pdf/Tafsir+Surah+Al-fatihah.pdf 

Apa yang saya kongsikan di atas adalah sekadar tambahan ilmu untuk direnungkan, diamalkan dan diambil manfaat daripadanya. Jika berkongsi bukan bermakna kita pandai dalam hal tersebut tetapi sekadar menyebarkan ilmu yang baik-baik agar kita semua boleh berubah menjadi baik. 

Sebarkan info dan ilmu untuk sebarkan bahagia!  
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "Kelebihan Dan Keistimewaan Surah Al-Fatihah "

satu lagi yang suka saya kongsikan dan selalu saya amalkan ; selalulah sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu-bapa kita (masih hidup ataupun yang sudah pergi), setiap hari, insya-Allah, akan murah rezeki kita, dipermudahkan segala urusan kita.
alhamdulillah, memang berkesan.
yang penting, niat kena betul kerana mengharap keredhaan Allah dan untuk membalas jasa kedua ibu-bapa kita.
amalkan selalu, saya cuma berkongsi perkara yang saya dah rasa kesannya sahaja.
#blogspot:rawatankanser2013

Terima kasih atas pesanan yg diberikan. Insyaa Allah telah menjadi amalan dlm kehidupan harian...

Lantunan Al Fatihah terbaik, siapapun merinding mendengarnya.

Klik disini : Surat Al Fatihah

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top