Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Surat Cinta Tentang Solat

Surat cintaku untukmu! Jangan panik ya kekawan, Surat cinta yang saya berikan nanti bukanlah surat cinta yang biasa. Ia tentang cinta dan mencintai TuhanMu. Ya Illahi Rabbi. Bagaimanakah rasa cinta kita dapat dibuktikan? Apakah tiang/tugu cintakan Allah, rasul-rasulNya, Malaikat, kitab-kitab, hari kiamat dan qada serta qadar? Sudah tentu tiang agama adalah solat. Tidak bersolat, pincanglah tiang iman kita.



Surat Cinta Tentang Solat


Surat cinta indah di bawah ini saya kongsikan daripada seorang rakan yang mengajak kita sama-sama merenung tentang betapa indahnya solat jika kita gembira, redha dan tenang melakukannya. Insyaa Allah.

1. Bila engkau anggap solat itu hanya penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-buru  mengerjakannya.

2. Bila kau anggap solat hanya sebuah kewajipan, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya..

3. Anggaplah solat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu.

4. Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah swt.

5. Anggaplah solat itu sebagai keadaan terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah swt.

6. Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.

Bayangkan jika kamu bersolat...

  • Bayangkan ketika "azan berkumandang", tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya.
  • Bayangkan ketika kau" takbir", Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.
  • Bayangkanlah ketika "rukuk", Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhan-Nya.
  • Bayangkan ketika "sujud", Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu".
  • Bayangkan ketika kau "duduk di antara dua sujud", Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan : "Aku tak akan diam apabila ada yang mengusikmu".
  • Bayangkan ketika kau memberi "salam", Allah menjawabnya, lalu kau seperti manusia berhati bersih setelah itu...Subhanallah sungguh nikmat solat yang kita lakukan.
Sekiranya renungan surat cinta tentang solat ini baik untuk kita, jom kita share dengan teman dan sahabat yang kita kasihi semoga mereka juga mendapat manfaatnya. Aamiin.

Sebarkan ilmu, sebarkan Bahagia!

Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Assalamualaikum.

    Kunci syurga adalah solat manakala kunci solat adalah wuduk. Dalam byk hadis Nabi selalu disebutkan wuduk yang sempurna. Wuduk yang sempurna adalah spt mana wuduk yg ditunjuki Nabi s.a.w.

    Ada anjuran ketika memberi salam di akhir solat..kita maksudkan memberi salam kepada org disebelah kita (jika solat jemaah) dan juga kpd malaikat.

    Allahu 'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Iya benar Ayie. Allah bersama-sama kita menjaga ketika solat hingga kita memberi salam. Betapa sayangnya Allah kepada kita. Tidakkah kita berfikir? Allahu Akbar..

      Delete
  2. begitu hebat tazkirah ini..kata2 yg memberi kesedaran.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close