Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Menjimatkan Elektrik Paling Berbaloi Di Rumah

Kadar bil elektrik di Malaysia boleh tahan tingginya. Itulah antara rungutan yang sering didengari dari rakan sekeliling. Bil standard bagi rumah saya contohnya, RM75 - RM116 sebulan walau pun tidak memasang air-cond.  Kerajaan juga ada membantu memberikan pengecualian kepada pengguna yang menggunakan elektrik di bawah RM20 sebulan. Itu maknanya mereka menggalakkan kita berjimat cermat dalam menggunakan tenaga elektrik.



Nak jimat elektrik?

Saya ada penyelesaiannya. Agak traditional sikit tetapi memang terbukti berbaloi dan berkesan! Nak tahu caranya?

Cara Penjimatan Elektrik Paling Berbaloi Di Rumah


1. Gosok/Iron pakaian seminggu sekali. Tak boleh? Sebab malas berpanas iron baju banyak-banyak? Ala...panasnya sekejap je, paling lama pun 1 jam lebih. Yang untungnya jimat bil elektrik lebih RM20. Tak percaya?? Cuba test...anda pasti terkejut tengok bil elektrik anda bulan depan.

2. Matikan/Tanggalkan plug daripada soket jika tidak digunakan. Sebelum pergi kerja atau ada urusan keluar rumah, cabut dan tanggalkan plug dari soketnya. Sebabnya, selagi peralatan ada pada keadaan mod sedia (standby mode), ia masih menggunakan tenaga elektrik.

3. Pasang lampu di tempat yang perlu sahaja. Hah! Yang ini saya kena ubah perangai saya. Saya ada habit memasang lampu di semua bilik, terutamanya bilik air. Jika hari bercuti pun, saya memasang lampu bilik air 24 jam. So, untuk langkah menjimatkan bil elektrik akan datang, saya kena rajin matikan lampu bilik air! Nak lagi jimat, gunakan lampu yang jenis cekap tenaga. Gunakan lampu kalimantang atau lampu penjimat elektrik.

4. Tak perlu pasang air-cond. Yang ini lebih jimat. Lagipun kerap memasang air-cond tidak baik untuk tubuh kita. Kulit jadi kering. Kita mesti minum banyak air bagi menggantikan air dalam tubuh kita. Peluh kita juga terperangkap dalam tubuh dan tidak dikeluarkan secara semulajadi.

Lagi satu jika nak pasang air-cond jugak, pastikan air-cond dipasang jauh daripada pancaran terus matahari.

Lain-lain cara penjimatan elektrik yang memang berbaloi. 

  • Cas telefon hingga penuh sahaja. Membiarkan peralatan ini sentiasa dalam mod mengecas (walaupun bateri penuh) boleh membazirkan elektrik. Jadi, keluarkan plug peralatan mengecas apabila tidak digunakan.
  • Tukar barangan elektrik yang sudah lama. Jika peralatan yang melebihi 10 – 15 tahun, anda patut mempertimbangkan untuk menukarkannya. Peralatan lama boleh menggunakan tenaga elektrik hampir 3 kali ganda berbanding dengan peralatan baru di pasaran.
  • Bila merancang untuk membeli peralatan baru, pertimbangkan dua tanda harga. Tanda harga pertama adalah kos elektrik semasa menggunakan peralatan. Secara umumnya, tanda harga kedua akan bersama dengan anda untuk lebih daripada 5 tahun. Tanda harga yang kedua adalah untuk kos pembelian peralatan. 

Sudah tahu nak jimat elektrik? Jom sama-sama kita amalkan.

Sebarkan info.
Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. terima kasih share! :)

    saja nak kongsi, kat sini banyaknya lampu yang bila suisnya ditekan, dia akan padam dalam seminit macam tu - contoh penggunaan kat tangga. And ada jugak yg detect pergerakan, so, bila kita lalu baru lampu pasang, and dah tak yah risau kalau lupa tutup lampu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama dear:)

      t.kasih juga sebab sudi bagi idea lain untuk jimatkan tenaga elektrik...

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close