Petua Tradisional Merawat Tumit Kaki Pecah

loading...
Jika anda nak tahu Petua Tradisional Merawat Tumit Kaki Pecah memang banyak. Samada rawatan moden atau cara tradisional, semuanya boleh digunakan. Yang penting tumit kaki kembali halus, mudah berjalan dan tidak kasar lagi. Bukan wajah saja yang perlu dijaga, kaki pun antara anggota tubuh yang penting ya...

Sebenarnya ada banyak tumbuhan tradisional yang amat berguna untuk merawat tumit kaki pecah antaranya asam jawa, lemak ayam, buah kedondong, kunyit hidup, bawang merah dan belimbing buluh.


Petua Tradisional Merawat Tumit Kaki Pecah


Petua Tradisional Merawat Tumit Kaki Pecah


Cubalah mana-mana petua di bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.

1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2 cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar. Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukan pada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.

8) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dan gosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

9) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

11) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

Bacaan selanjutnya boleh pergi ke 101 Petua. Selamat mencuba.

Sebarkan info, sebarkan bahagia!!
Sebarkan Bahagia:

2 comments:

  1. Wah.. Bykmya... Kna rajin la ni klu nk buat kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan...
      Pilih yang mudah dan tumbuhan yg ada kat sekitar kita, ya tak?
      Thanks Maria singgah sini..:))

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.