Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra TV3

aynora nur | 30 March, 2015,10:53 AM |
Advertisement
Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra TV3. Drama ini menggantikan Cinta Illahi lakonan Johan Asari dan Diana Emir yang telahpun tamat pada minggu lepas. Puteri Bukan Nama Sebenar akan ditayangkan sebanyak 13 episode dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof.


Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra TV3


Drama Puteri Bukan Nama Sebenar mula ditayangkan pada 27 Mac 2015, pada setiap Jumaat, 9.00 malam. Antara pelakon yang menjayakanya adalah Syarul Ridzwan, Cristina Suzanne, Faralyna Idris, Hafeez Mikhail, Azirah Alyanie, Aida Khalida, dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra TV3

Kisah Laila (lakonan Cristina Suzanne) menjalani hidup yang sukar sebagai ibu tunggal kepada Adam. Berpendidikan rendah tetapi terang hati dan suka belajar. Seorang yang tidak pandai bergaya dan mudah terlepas cakap sebelum berfikir. Laila anak yatim terkontang-kanting menyara kehidupannya tanpa bantuan suami. Akibat tidak dapat membayar sewa rumah, Laila membuat keputusan untuk keluar dari rumah itu. 


Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra TV3


Laila berkenalan dengan Puteri (Effi Abdul Rahim) insan yang baik hati memberikannya tiket. Ketika itu, Puteri dalam keadaan sarat mengandung ingin menuju ke destinasi rumah mertuanya. Puteri baru sahaja kematian suami. Amanat terakhir suaminya menyuruh Puteri untuk datang berjumpa dengan ibunya. Dek kerana itu, Puteri bersusah payah menunaikan amanat suaminya, Mikail (Hafeez Mikail).

Siapa sangka di dalam bas itu merupakan pertemuan terakhir mereka. Bas yang mereka naiki hampir terbabas. Puteri mengalami hentakan lalu segera dikejarkan ke hospital. Doktor mengesahkan Puteri dan bayinya meninggal dunia. Segala barang Puteri diserahkan kepada Laila.

Laila termanggu seketika. Segera dicapainya dompet arwah Puteri dan melihat alamat tertera di situ. Laila membuat keputusan untuk menyerahkan barangan tersebut ke rumah ibu mertua Puteri.

Setibanya Laila dan anaknya di rumah besar tersergam indah itu, Laila terpegun melihat kemewahan rumah itu. Datin Zarina (Aida Khalida) dengan wajah serius menyapa Laila. Laila gugup seketika. Alisha (Faralyna Idris) tersenyum sinis melihat gaya Laila yang ala kekampungan. Ditambah lagi dengan kehadiran seorang jejaka bermulut celupar Mirza (Syarul Ridzwan). Sakit hati Laila dibuatnya!

Siapa sangka di rumah agam itu, status Laila bakal berubah! Dirinya bukan lagi bernama Laila tetapi Puteri!! Puteri a.k.a Laila bakal mencipta sejarah di rumah itu. Pertembungannya dengan Mirza seperti anjing dengan kucing. Asyik bercakaran! Saksikan segalanya menerusi drama TV3 Puteri Bukan Nama Sebenar di kaca tv anda.

Macam best kan cerita ini? Apa pendapat anda? Lakonan Cristina Suzanne dalam episod pertama yang lalu amat bersahaja dengan karekter yang lurus bendul. Bagaimanakah akhir cerita Puteri Bukan Nama Sebenar ini? Mengapa Laila terpaksa menyamar sebagai Puteri? Adakah suami Puteri sebenarnya masih hidup?

Saksikan drama Puteri Bukan Nama Sebenar untuk mengetahui kisah selanjutnya nanti. 

Selamat menonton. Ambil manfaat daripadanya. Ok.    
Tag : Drama Melayu
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra TV3"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top