Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar Sebagai Sultan Johor Kelima

Daulat Tuanku! Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah selamat ditabalkan sebagai Sultan Johor Kelima Johor Moden. Dikenali sebagai Sultan Johor yang Berjiwa Rakyat Dan Penyayang. Amat disanjungi oleh segenap lapisan dan rakyat jelata. Pengasih kepada anak-anak dan isteri. Megah dan bangga saya berdiri sebagai anak Johor, yang dilahir dan dibesarkan di Johor. Tempat jatuh dan bangun, menyemai bakti dan melakar pengalaman hidup. Itulah negeriku Johor! Johor negeri berdaulat, menjadi kebanggaan sekalian rakyat.  

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar Sebagai Sultan Johor Kelima

Ada negeri paling selatan
Diperintah raja dan juga sultan
Menjadi cerita serta bualan
Itulah Johor negeri bertuan

Bukit timbalan penuh sejarah
Istana besar berdiri megah
Bangsa Johor semangat tak patah
Kepada Allah kita berserah

Dari Muar ke Telok Sengat
Berbaju kurung bunga perada
Johor moden negeri berdaulat
Raja dan rakyat berpisah tiada

Mahkota Johor penuh misteri
Intan permata kota larangan
Selamat bertakhta tuanku dan isteri
Diberi petunjuk sepanjang zaman

DAULAT TUANKU!!

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar Sebagai Sultan Johor Kelima 

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 22 November 1958 di Johor Baharu, banyak mengikut jejak langkah kesultanan sebelum baginda melalui penglibatan dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran.

Kesemuanya itu dikatakan menjadi asas dalam membina semangat juang, disiplin, kepimpinan dan perwatakan Sultan Ibrahim, demikian menurut Laman Web Khas Kemahkotaan di sini.

Sultan Ibrahim pada Isnin dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar di sini.

Sedikit latar belakang DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

1. D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, diputerakan pada 22hb. November 1958 di Hospital Besar Johor Bahru (Sekarang Hospital Besar Sultanah Aminah)

2. Putera pertama dari sepuluh (10) orang adik beradik, Baginda mula menerima pelajaran di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam Johor Bahru kemudian memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), Johor Bahru.

3. Paduka ayahandanya D.Y.M.M Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menghantar D.Y.M.M Tuanku belajar di Trinity Grammer School Australia pada tahun 1968 hingga 1970.

4. Setelah tamat persekolahan, D.Y.M.M Tuanku telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, selama 3 tahun untuk menerima latihan asas ketenteraan.

5. Dalam bidang kesukanan pula, permainan polo merupakan permainan yang sangat-sangat digemari dan juga merupakan seorang pemain polo yang sangat handal dan terkemuka bukan sahaja di negeri ini bahkan dirantau Asia.D.Y.M.M Tuanku pernah menyertai permainan polo di Singapura, Manila dan Brunei.

6. Selain bermain polo, D.Y.M.M Tuanku juga gemar bermain tenis, boating (Water ski), payung terjun, menembak dan memandu kereta laju (sport car).

7. D.Y.M.M Tuanku sangat mengambil berat tentang kegiatan-kegiatan sosial di dalam negeri dan amat mesra dengan rakyat. D.Y.M.M Tuanku ialah Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor.

8. D.Y.M.M Tuanku telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di dalam satu upacara yang sederhana tetapi penuh istihadat di Istana Besar Johor Bahru pada 3hb. Julai 1981. Pelantikan ini telah dilakukan oleh ayahandanya iaitu Almarhum D.Y.M.M Sultan Iskandar dengan disaksikan oleh Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, Kerabat-Kerabat Damping, Ahli Jumaah Majlis DiRaja, Pembesar-Pembesar Negeri dan Orang-Orang Kenamaan.

9. D.Y.M.M. telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah kerana ayahandanya gering. Dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada hari Sabtu 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431 Hijrah setelah ayahandanya mangkat.

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor

JOHOR BARU: Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali diperkenalkan di negeri ini.

Gelaran itu diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang turut dimahkotakan sebagai Sultan Johor Kelima dalam sejarah Johor Moden dalam istiadat gilang gemilang di Istana Besar.

Diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah Perak, Raja Zarith Sofiah merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin Almarhum Raja Ariff Shah.

Raja Zarith Sofiah melanjutkan pengajian di Cheltenham Ladies College, England sehingga tamat Tingkatan Enam sebelum meneruskan pengajian di Davies College, London pada 1977.

Pada tahun berikutnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, Universiti Oxford dan memperoleh Ijazah Bachelor of Arts pada tahun 1983.

Raja Zarith Sofiah merupakan ahli bahasa yang memilih pengajian bahasa Mandarin semasa di Oxford dan turut mempelajari bahasa lain termasuk Perancis dan Itali.

Baginda turut mewarisi bakat seni lukis daripada ayahanda baginda.

Baginda mendirikan rumah tangga dengan Sultan Ibrahim pada usia 23 tahun dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.

Antara penglibatan baginda dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk menjadi Penaung Persatuan Cerebral Palsy Johor dan Penasihat Diraja Bulan Sabit Merah Malaysia.

Baginda turut menubuhkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor bagi mengutip dana untuk mengadakan pelbagai program pelajaran terutama pembelajaran secara Islam.

Baginda juga aktif dalam bidang penulisan dengan menghasilkan tulisan dan buku cerita kanak-kanak dan pernah menjadi penulis di sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Sesungguhnya Permasuri Johor ini merupakan seorang yang peramah, berjiwa rakyat serta amat disenangi dan disanjungi rakyat. -- Bernama

Mahkota Diraja Johor

Johor merupakan negeri yang pertama mempunyai mahkota. Ia juga merupakan yang pertama dinegara ini yang mempunyai perlembagaan dan yang pertama di negara yang mempunyai darjah. Darjah Johor merupakan yang paling exclusive, kerana sejak 1885, hanya 700 lebih orang sahaja yang pernah menerima darjah ini berbanding negeri-negeri lain.

Mahkota Diraja Johor

Tahukah anda bahawa Mahkota Diraja Johor telah dibuat untuk Almarhum Sultan Abu Bakar oleh J.W Benson di London. Pada mahkota ini terdapat simbol Islam iaitu bulan sabit dan bintang serta nama-nama Allah dan Nabi Muhammad.

Baginda telah dimahkotakan pada tahun 1886 dengan memakai mahkota yang Baginda sendiri ilhamkan. Dalam istiadat itu Baginda menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota Johor. Mahkota dan darjah kebesaran itu menjadikan Johor negeri pertama berbuat demikian.

Ikuti link berikut http://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/

Gambar-gambar Istiadat Kemahkotaan DYMM SULTAN IBRAHIM SULTAN JOHOR | 23HB MAC 2015

#Sumber gambar kredit kepada Johor Southern Tigers Facebook 
Sebarkan Bahagia:

Read More ....

Post a Comment

0 Comments

close