Jangan Menghina Makanan Yang Tidak Sedap

Tudung kanak-kanak
Saya kongsikan sebuah kisah yang boleh direnungkan bersama-sama, untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan sehari-hari.

Allah berfirman,
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Al-Isra : 27) 

Jangan Menghina Makanan Yang Tidak Sedap


Boros adalah amalan syaitan. Begitu juga orang yang tidak tahu bersyukur dengan rezeki yang diterimanya. Samada ianya baik, cantik, atau buruk sekalipun, kita mesti bersyukur. Rasa bersyukur dapat mengelakkan sikap boros yang menjadi amalan syaitan. Wallahua'lam...

Jangan Menghina Makanan Yang Tidak Sedap


BELAJARLAH DARIPADA APA YANG ALLAH NAK TUNJUK DENGAN HANYA SEBIJI BUAH TEMBIKAI YANG KURANG MANIS RASANYA

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun Cina). Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya, dan rasanya "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "Saya tau"
Suami: "Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah yang manis"
Suami:"Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yg manis"
Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (atau orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"

Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung."Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."
Suami:"Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.




Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:

"Ketika semua orang inginkan buah yang manis,sebaliknya pula yang berlaku.Buah tembikai itu tawar rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

"'Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya: Kita faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati, atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

Semoga bermanfaat.
Wallahu'alam..

Sumber: Group Whatsapp

Sebarkan bahagia...

1 comment:

  1. I have read so many posts about the blogger lovers however this article is truly a pleasant paragraph,
    keep it up.

    I seriously love this web site half day Diet pdf

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.