Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Tradisional Mudah Merawat Bibir Kering

Bibir kering boleh dirawat samada secara tradisional ataupun dengan rawatan moden. Ada pelbagai rawatan moden yang boleh dilakukan seperti memakai pelembap bibir dan sebagainya. Namun dalam artikel ini saya mahu kongsikan petua tradisional merawat bibir kering.

Bibir kering boleh disebabkan daripada pencemaran udara serta debu, perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah. Kurangnya minum air masak juga boleh menyebabkan bibir pecah-pecah.

Ada sesetengah orang alah dengan kosmetik seperti lipstick. Ini juga boleh menyebabkan bibir kering dan tidak bermaya. Ada juga yang sensitif dengan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan. Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur juga menjadi punca bibir kering. Selain daripada itu, makanan yang terlalu masam atau masin, tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol dan kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran boleh jadi penyebab bibir kering.

Petua Tradisional Mudah Merawat Bibir Kering

Petua Mudah Merawat Bibir Kering


1. Timun boleh digunakan untuk merawat bibir yang kering dan pecah-pecah. Caranya, potong timun nipis-nipis dan lekatkan pada bibir untuk beberapa ketika. Setelah itu, cuci bibir dengan air suam. In syaa Allah bibir akan kembali lembap.

2. Sapukan susu pekat pada bibir. Calit susu pekat pada bibir buat beberapa ketika (biarkan lebih kurang 1 jam). Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan dengan kerap untuk hasil yang mujarab.

3. Boleh juga sapukan mentega pada bibir yang merekah. Ambil sedikit mentega dan sapukan pada bibir yang kering dan pecah-pecah.

4. Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.

5. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.

6. Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Ambil hampas halia tersebut dan gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.

Sayuran dan herba memang banyak khasiatnya untuk merawat bibir yang kering dan pecah-pecah. Diharap petua tradisional di atas dapat membantu mereka yang memerlukan dan bermanfaat dalam penjagaan kesihatan secara berterusan. Yang penting petua yang dikongsikan sangat mudah untuk diamalkan, dan murah pula!

Sebarkan bahagia, sebarkan info. 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Assalammualaikum .
    Masalah bibir pecah memang tak dapat dielakkan dalam kalangan kita terutamanya golongan remaja . Takkan hari hari nak dok tepek lipbalm je kot kan ?Antara Punca Bibir Pecah Dan Kering Dengan Mudah
    Yang ramai antara kita pandang remeh .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close