Resepi Kuih Gunting Sira Pedas Mudah

aynora nur | 18 May, 2015,9:48 AM |
Advertisement
Kuih gunting sira pedas memang meninggalkan banyak memori kepada saya. Terutamanya ketika duduk di asrama satu ketika dahulu. Bila dikenang balik, memang lucu. Kuih gunting sira pedas jadi kegemaran kami kerana harganya murah dan boleh dimakan ketika mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang kami pesan mak cik (yang hantar kuih kat koperasi) untuk buat lebih pedas. Haha...

Jadi, untuk menyimpan memori tersebut, saya cuba buat sendiri kuih gunting sira pedas, tapi versi yang mudah la...hihi. Sekarang kan dah ada mesin membuat mi, lagi mudah nak mencanai dohnya. Kuih gunting jadi lebih licin dan sekata saiznya.


Resepi Kuih Gunting Sira Pedas Mudah
Kuih gunting sira pedas mudah

Resepi Kuih Gunting Sira Pedas 


Bahan-Bahan:


1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
1/2 camca besar garam
250 gm air
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Bahan-bahan untuk sira pedas


10 camca besar lada/cili boh
2 ulas bawang putih
1/4 cawan minyak masak
1 camca teh garam
5 camca besar gula pasir
1 camca besar cuka makan


Cara Buat Doh Kuih Gunting Sira Pedas


1. Dalam satu bekas, gaul dan ramas tepung gandum dengan minyak masak. Tapi jangan habiskan terus sebab nanti baki tepung tu nak ditabur masa nak giling adunan dan tabur atas bekas selepas dipotong. 

2. Larutkan garam ke dalam air dan tuangkan ke dalam adunan dan uli hingga jadi doh

3. Rehatkan doh 1/2 jam dan uli semula kemudian untuk dapatkan doh yang licin. 

4. Ambil sedikit doh dan canaikan menjadi setebal 1cm.   

5. Guntingkan doh ikut saiz dan bentuk yang anda sukai. (Sebelum itu taburkan tepung gandum supaya doh tidak melekat). Boleh juga guna mesin membuat mi.

6. Panaskan minyak dan goreng doh dalam api yang sederhana hingga kekuningan.

7. Toskan dan sejukkan.

Cara Buat Sambal Sira Pedas


1. Panaskan minyak untuk sira kuih gunting.

2. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan tumis hingga layu dan wangi

3. Masukkan cili boh dan goreng sebentar

4. Masukkan gula, garam dan cuka. Kacau sehingga gula hancur. Bila gula dan hancur, tutup api

5. Masukkan kuih gunting yang siap digoreng. Gaul sehingga bahan sira sekata dan melekat pada kuih

6. Setelah sira merata, buka semula api paling kecil sambil terus mengacau sehingga siraan betul-betul kering

7. Tutup api dan biar kuih gunting sira pedas itu sejuk. 

8. Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba resepi mudah buat kuih gunting sira pedas di atas. Kalau nak lebih pedas, tambahkan sukatan cili bohnya. Ok.

Sebarkan info, sebarkan resepi..

Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Resepi Kuih Gunting Sira Pedas Mudah"

Sebenarnya nk letak emoticon tp tak boleh.. Emoticon tu mcm nie.. Mata bulat bersinar2, mulut sengih ternganga sambil air liur meleleh kat tepi bibir..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top