Header Ads

Cara Peram Buah Mangga Hingga Masak Dan Manis Rasanya


Advertisement
Mangga atau mempelam adalah antara buah tempatan yang digemari ramai. Saya rasa setiap sebuah rumah di kampung mesti ada menanam pokok mempelam. Pokok mempelam mudah ditanam dan menghasilkan buah yang banyak bila tiba musimnya. Kalau tak silap saya, pokok mangga atau mempelam berbuah setahun sekali. Macam kat rumah orang tua saya..hihi

Ada juga yang mengikut trend semasa dengan memakan mangga bersama asam yang dipanggil jeruk mangga asam boi. Tetapi saya lebih gemarkan rasa buah mangga yang asli.


Cara Peram Buah Mangga Hingga Masak Dan Manis Rasanya
Buah mangga yang saya peram menghasilkan warna kuning cantik dan manis rasanya

Kadang-kadang kita ada menyimpan mangga tua yang belum masak dan tidak tahu cara mudah untuk memeramnya. Jom ikut cara saya simpan mangga hingga masak dan manis rasanya.

Cara Peram Buah Mangga Hingga Masak Dan Manis Rasanya


1. Cuci semua buah mangga yang sudah dipetik

2. Lapkan dengan kain bersih

3. Letakkan dalam bakul kecil atau bekas yang berlubang.

4. Tutup dengan suratkhabar.

5. Dalam masa tiga hari mempelam sudah masak, masih segar dan manis rasanya.

Ingat ya, jangan disimpan buah mangga dalam peti ais. Selain ia lambat masak, mempelam jadi layu, keras dan kurang manis.

Selamat mencuba.

Tudung kanak-kanak

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.