Header Ads

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki. Walau dimana pun kita hidup, Allah telah janjikan rezeki bagi setiap hambaNya. Itu yang pasti. Jadi, sebagai umat islam kita diwajibkan percaya kepada qada' dan qadar dariNya. Rezeki setiap anak Adam telahpun ditentukan dari Luh mahfudz lagi.

Ada pelbagai versi doa murah rezeki dan anda boleh meminta apa sahaja asalkan ianya yang baik-baik dan disertai dengan usaha yang berterusan tanpa kenal putus asa.




Doa Murah Rezeki 


Segala puji bagi Allah yang telah memperkenalkan diri-Nya dan tidak meninggalkanku dalam keadaan buta hati. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan aku dari umat Nabi Muhammad s.a.w.

Segala puji bagi Allah yang menjadikan rezekiku ada di tangan-Nya langsung dan tidak pada tangan orang lain.

Segala puji bagi Allah yang dengan rezeki-Nya telah menutupi rasa maluku dan tidak mempermalukanku di hadapan manusia lainnya.
Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. 
Mari sama-sama kita amalkan doa murah rezeki di atas, semoga segala urusan kita mencari rezeki yang halal dipermudahkanNya. Dan mendapat rezeki yang berkat. Insyaa Allah...

4 comments:

  1. Ameen Ya Allah..

    Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. terima kasih perkongsian doa..insha Allah..aamiin..

    lawati blog saya achiksuhaili.com

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.