Enter your keyword

27 June, 2015

Manisnya Ramadhan | Antara Kekayaan Dan Kecukupan

Manisnya kenangan Ramadhan yang lalu. Tentunya zaman kanak-kanak paling menggamit rasa. Mana tidaknya, dalam keadaan serba kekurangan dengan makanan yang terpaksa dicatu, tetapi sebenarnya kekurangan itu tidak apa-apa pun. Makanlah seberapa banyak, tetap cukup dengan anugerah rezekinya.

Firman Allah dalam Al Qur’an, “Dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan.” - Surah An Najm ayat 48.

Manisnya Ramadhan | Kekayaan Dan Kecukupan


Ramadhan Antara Kekayaan Dan Kecukupan


Maka begitulah Allah mengajarkan. Kekurangan bukan kemiskinan. Beruntunglah orang-orang yang mengerti dan bertaqwa. Bersyukur jika diberi lebih dan bersyukur kembali jika tidak diberikan kekayaan. Mungkin rezeki itu milik orang lain yang lebih memerlukan. Wallahua'lam.

Tetapi kini...

Segalanya berlebihan. Hidup penuh kemampuan. Lebih segala-galanya. Tetapi, mengapa masa masih tidak mencukupi? Bukankah sebenarnya kita kini serba kekurangan dalam kelebihan? Hingga ada ketikanya kita terlupa bahawa pembaziran menjadi satu kebiasaan.

Dalam kelebihan rezeki dan kudrat, hati semakin sepi. Dalam keriuhan adik beradik, masih ada kekurangan yang tidak mampu diisi. Ya...kehilangan ahli keluarga dan ibu bapa yang telah pergi takkan kembali lagi.

Ketahuilah...dalam kekurangan Allah cukupkan apa adanya. Tetapi dalam kelebihan Allah tarik satu persatu nikmat yang kita kecapi. Sebenarnya Allah Maha Adil. Cukup mengerti pusingan roda kehidupan. Yang ada membawa bahagia. Yang tiada pergi tak kembali.

Begitulah Ramadhan al Mubarak. Ketika ada hadirnya tidak dipenuhi dengan amalan terpuji sebaliknya bila ramadhan pergi, kita berasa sayu tak terperi. Menangislah, merayulah, bermohonlah supaya Ramadhan jangan pergi. Tetapi perjanjian Allah itu pasti. Beruntunglah akan hambaNya yang bertaqwa. Allahu rabbi..

Sebarkan bahagia, carilah cinta Allah. Cinta bawa ke mati. Cintanya ke syurga Illahi.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.