Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Manisnya Ramadhan

Manisnya Ramadhan kali ini. Mungkin itu yang diangan-angankan oleh kita semua. Siapa yang tak hendak kebaikan yang dilimpahi rahmat dan barakah dari Illahi? Semua orang mahukan kebaikan dalam setiap denyut nafasnya.

Semua orang ada niat mahu berhijrah. Dari tidak baik kepada baik dan lebih baik setiap waktu. Jadi, apa kata kita mulakannya pada Ramadhan kali ini. Ya, Ramadhan yang manis dan seterusnya meninggalkan kesan kepada jiwa dan membawa kebaikan pada orang di sekeliling kita. Insyaa Allah...

Manisnya Ramadhan

Manisnya Ramadhan Dengan 30 Menu Lazat Penuh Rahmat


1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
15. Jauhkan aktiviti yang lagha (borak-borak kosong).
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali dalam sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tapi bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih-lebihan mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.

Semoga 30 menu lazat di bulan Ramadhan yang penuh rahmat bakal menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa. Bersama-sama berhijrah demi kekuatan umat Islam sedunia.

Insyaa Allah.

**Sumber Group whatsapp

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close