Mudahnya Buat Telur Goreng Planta

aynora nur | 01 June, 2015,5:13 PM |
Advertisement
Mudahnya Buat Telur Goreng Planta. Siapalah tak suka telur goreng, kan? Lagi-lagi telur mata yang cair kuningnya tetapi putih telur elok masaknya. Di makan pula dengan pasangannya seperti nasi lemak, makan dengan kicap ataupun boleh juga makan dengan nasi putih panas dengan cili padi. Hish!! Satu pinggan pun tak cukup nih!

Cuba pula telur di goreng dengan planta. Makin bertambah lazatnya telur tersebut. Mana tidaknya, aroma wangi dari planta dengan adunan rasa lemak masin sudah cukup untuk menambahkan selera yang ada...

Tahukah anda? Setiap hidangan Planta diperkayakan dengan 9 Vitamin penting dan enak dinikmati oleh seisi keluarga anda.


Resepi Telur Goreng Planta


Bahan-bahan:

Planta
Telur segar
Lada Sulah (jika suka)

Cara menyediakan telur goreng planta


1. Panaskan kuali. Letakkan satu sudu planta hingga cair.


Mudahnya Buat Telur Goreng Planta
Mudahnya Buat telur goreng planta!


2. Pecahkan sebiji telur segar ke dalam kuali. Tak perlu tambahkan garam kerana planta sudah cukup rasa masin dan lemaknya. Taburkan lada sulah di atasnya, jika anda suka rasa pedas.

3. Bolehlah di angkat bila tepi telur telah garing. Kuning telur pula warna kuning keemasan.

4. Telur goreng planta sedia untuk dihidangkan.

Semoga bermanfaat. Mudah aje, kan? Sesiapa pun boleh buat. Hihi...

Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Mudahnya Buat Telur Goreng Planta "
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top