Cara Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Murah

aynora nur | 13 July, 2015,10:25 AM |
Advertisement
Jeragat yang tumbuh melata di muka kadangkala agak merunsingkan terutamanya kepada kaum wanita. Jeragat memang tidak memudaratkan namun wajah kelihatan kusam apabila tidak ditutup dengan mekap. So, apa cara terbaik untuk hilangkan jeragat di muka?

Ada banyak cara dan kaedah merawat jeragat di muka. Ada yang guna serbuk kayu manis, ada juga yang guna kelapa parut dan sebagainya. 

Saya pun ada kongsi tentang cara hilangkan jeragat dalam entri berikut, meh baca ni sekejap, :


Cara Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Murah

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Murah


Kaedah yang dikongsikan untuk hilangkan jeragat kali ini adalah yang mudah dan murah! Iya la...dalam keadaaan ekonomi yang agak lembap ni, kitya kalau boleh nak guna cara yang paling praktikal dan murah. Betul tak? Hihi...

Air Kelapa

Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Asid yang terdapat dalam air kelapa sebenarnya bagus untuk merawat kulit wajah.

Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jeragat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Lakukan aktiviti ini setiap hari dan kulit anda akan lebih segar dan kurang bintik jeragat.

Jangan Terlalu Urut Wajah

Bagi yang mengelami masalah jeragat ini. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. Cukup sekadar pembersihan berkala dengan kadar yang sedikit. Juga pilih pembersih wajah yang tidak banyak menghasilkan buih kerana ia boleh mengakibatkan kulit anda rosak.

Jauhi Sinar Matahari

Oleh kerana Malaysia bersuhu panas anda sebagai seorang wanita juga perlu melindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Selamat merawat jeragat di wajah anda. Lakukan dengan yakin dan rajinkan diri menjaga kebersihan dalam segenap segi. Luaran dan dalaman juga. Namun, yang penting hati mesti baik dan ikhlas.
Tag : Petua
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Cara Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Murah"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top