Cara Susutkan Berat Badan Dengan Lemon Dan Epal Hijau

aynora nur | 22 July, 2015,10:47 AM |
Advertisement
Ada banyak cara untuk kembali slim setelah melahirkan ataupun selepas musim perayaan...antaranya dengan berpuasa sunat, kembali mengawal pemakanan, mengambil supplement dan banyak lagi.

Saya ada terbaca dari sumber Facebook mengenai cara susutkan berat badan dengan lemon dan epal hijau. Jom baca sampai habis untuk mengetahui cara-caranya yang amat mudah dan murah. 

Cara Susutkan Berat Badan Dengan Lemon Dan Epal Hijau 


Lemon dan Epal hijau memang terbukti banyak khasiatnya dan memang amat sesuai untuk susutkan berat badan. Gabungan buah-buahan ini memang mudah diperolehi dan disediakan dalam masa yang singkat. Bagi anda yang kurang gemar makan pil diet, lebih baik gunakan cara diet yang alami dan asli. 

  
Cara Susutkan Berat Badan Dengan Lemon Dan Epal Hijau

KHASIAT EPAL HIJAU: 

1. Membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma. 
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Langkah 1

Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

Langkah 2

Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

KHASIAT LEMON: 


1. Membantu meringankan masalah pencernaan. 
2. Menurunkan berat badan.
3. Mengawal tekanan darah tinggi.
4. Membersihkan darah. 
5. Meredakan demam. 
6. Membantu memulihkan saluran pernafasan. 
7. Mengeluarkan toksin dan bakteria dari badan.
8. Memelihara kesihatan tulang dan gigi.
9. Bagus untuk kulit.



CARA KUATKAN LUTUT

Selain daripada cara susutkan berat badan dengan epal hijau dan lemon, saya pun ada petua cara kuatkan lutut dengan kacang bendi.

Racik kacang bendi atau disebut juga kacang lendir muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.

#Sumber Facebook
Tag : Diet, Tips Sihat
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Cara Susutkan Berat Badan Dengan Lemon Dan Epal Hijau"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top