Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Iftitah Dalam Rumi Dan Maksudnya

Doa Iftitah adalah doa yang dibaca dalam solat selepas mengangkat takbir dan sebelum membaca al Fatihah. Hukum membaca doa iftitah dalam solat adalah sunat. Namun begitu kita digalakkan membaca doa iftitah kerana di dalamnya terkandung kalimah dan akujanji setia kita kepada Allah sebelum menyerahkan diri kepadaNya ketika bersolat.

Doa iftitah merupakan salah satu perkara sunat yang dilakukan semasa solat dan termasuk dalam kategori sunat haiat iaitu perkara sunat yang tidak akan menyebabkan sujud sahwi apabila ditinggalkan. Sunat dibaca samada dalam solat fardhu mahupun solat sunat. Juga sunat dibaca selagimana belum membaca al fatihah.

Doa Iftitah 


Doa Iftitah Dalam Rumi Dan Maksudnya



Doa Iftitah Dalam Rumi Dan Maksudnya 


ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA. WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMA-WATI WAL-ARDHA HANIFAM-MUSLIMAW-WAMA ANA MINAL-MUSYRIKIN. INNA SALATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL-'ALAMIN. LA SYARIKALAHU WABIZA-LIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN.


Maksudnya:

ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/08/niat-sembahyang-raya-dalam-rumi-cara.html#ixzz3fLpKRZbQ

Doa iftitah di atas adalah doa yang lazim, dimana Iftitah itu "pembukaan" ...pembukaan yang sunat. Fatihah itu "pembukaan", pembukaan yang fardhu. Ia umpama mukaddimah bila kita menghadap ketua atau Raja kita. Dalam solat kita menghadap Allah. Jadi, doa iftitah sebagai pembukanya.

Dalam menuju pembaikan penyempurnaan hubungan hambaNya denganNya dan hubungan Dia dengan diri hambaNya, maka lakukanlah doa iftitah dalam solat. Tidaklah sempurna solat (bukan tak sah), bilamana perkara sunat didalam solat itu banyak ditinggalkan. Perkara sunat itu memperbanyakkan dan memuliakan Allah lalu ianya mengundang kasih Allah. Sunat itu adalah dalam perkara suruhanNya juga selain dari perkara wajib.

Baca: Doa Iftirosh Ketika Duduk Antara Dua Sujud 

Mudah-mudahan dapat diperbaiki lagi akan hal solat ..insya-Allah biiznillah ya Lathif

اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

Maksudnya:
..Ya Allah tolonglah/bantulah aku untuk mengingatiMu dan bersyukur padaMu
serta beribadah dengan baik / sempurna kepadaMu ...

Amin Allahumma Amin ya Lathif ...

Semoga pencerahan tentang doa iftitah dan maksudnya dalam rumi boleh dimanfaatkan oleh semua pengunjung blog ini. Ibadah-ibadah sunat adalah digalakkan sebagai menambah kekurangan kita dalam ibadat wajib yang lainnya.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close