Header Ads

Resepi Kuah Kacang Mudah Dan Tahan Lama


Advertisement
Advertisement

Kuah kacang adalah salah satu hidangan utama pada hari raya dan menjadi pelengkap kepada ketupat nasi ataupun lemang. Dan, kalau ada sate lagi best!! Aroma kuah kacang ni paling best ketika sedang mendidih dalam kuali. Memang saya tunggu depan dapur untuk menikmati saat-saat tersebut. 

Mesti anda teka saya tak pandai masak kuah kacang kan? Hihi...saya pun pandai masak kuah kacang ni, cuma sedap atau tidak itu subjektif sikit la..  

Orait. Resepi Kuah Kacang ini saya ambil asasnya dari resepi Norzie hany, dan saya ada buat ubah suai sedikit ikut citarasa saya.


Resepi Kuah Kacang Mudah Dan Tahan Lama
Ehsan Majalah Rasa

Resepi Kuah Kacang Mudah Dan Tahan Lama


Bahan-bahan:

200gm kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar

Resepi Kuah Kacang Mudah Dan Tahan Lama
Kacang tanah goreng tanpa minyak 

1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
500ml air

Bahan kisar:

7 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas
2 biji buah keras
Sedikit belacan



Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan kacang yang di kisar, air dan air asam jawa. Masukkan air yang lebih pun tidak mengapa kerana kacang tadi akan meresap air yang berlebihan.
3. Masak hingga kuah pekat.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Bila siap bolehlah di hidangkan dengan nasi impit 

Tips kuah kacang tahan lama 


1. Agar kuah kacang tahan lama, jangan campurkan santan di dalan resepi masakan anda. 

2. Campuran air asam jawa menjadikan kuah kacang dapat tahan lama hingga 2 minggu.

3. Cara yang praktikal adalah simpan kuah kacang di tempat freezer/sejuk beku. Bila nak guna, keluarkan lebih kurang 1 jam awal dan panaskan semula. 

Selamat mencuba resepi kuah kacang mudah di atas. Semoga hari anda lebih ceria... 

Advertisement

9 comments:

  1. Terimakasi atas resep masakannya,,,sangat membantu sekali.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap. InsyaAllah saya nak cuba.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak de buah keras macam man ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada buah keras pun tak apa. Kuah kacang pun masih sedap..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.