Pelajarilah Bahasa Maaf Untuk Bahagia

Tudung kanak-kanak
Pelajarilah bahasa maaf! Lenturkan keegoan yang menghalang kamu daripada merasa rendah hati. Jika tidak berupaya nenuturkan maaf dengan serta merta, tidak mengapa. Ambillah sedikit masa, beristighfar dan lapangkan dada. Sesungguhnya maaf boleh menghadirkan bahagia dan rasa lega. Tak percaya? Cubalah...anda akan faham apa yang cuba saya sampaikan.


Pelajarilah Bahasa Maaf Untuk Bahagia


Allah swt berfirman,

"Dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." { an-Nuur: 22}

Pelajarilah Bahasa Maaf Untuk Bahagia


Bagaimana rasanya memaafkan? Bukankah 'kelazatan' maaf lebih besar dan mulia daripada kelazatan' dendam? Kenapa ia dikatakan demikian? Kerana bila terlafaz kata-kata maaf dari mulut kita, secara automatik segala rasa yang terbeban bagaikan terluruh dari hati. Hilang terbang segala rasa bersalah yang bersarang selama ini. Dan aura gembira hadir secara tiba-tiba. Itulah lazatnya maaf! Bahasa maaf menghadirkan. bahagia.

Pemaaf lebih dekat dengan Allah dan begitu sekaligus dapat dekat dengan manusia juga

Maaf adalah salah satu pintu kemuliaan yang besar. Rasulullah bersabda; "Tidakkah Allah menambah seorang hamba pemaaf kecuali kemuliaan."

Abu Hatim berkata, "Barangsiapa yang menginginkan pahala yang besar, kecintaan sejati, maka hendaklah dia mengenepikan hawa nafsunya, menyambungkan silaturrahim dengan saudara mara yang telah terputus, memberikan kepada orang yang tidak memiliki (bersedekah) dan memaafkan kezaliman."

Oleh itu, pelajarilah bahasa maaf untuk hadirkan bahagia. Tidak rugi seseorang mendahulukan memohon maaf, biarpun maafnya tidak diendahkan. Yang penting, tugas kita sebagai hamba Allah yang sentiasa mengharap redhaNya telah selesai.

Memaafkan, tidak menjadikan kamu hilang maruah sebaliknya Allah memberikan kamu kemuliaan.

Sebarkan bahagia kerana Allah telah janjikan bahagia untuk semua.


6 comments:

  1. Tq for sharing. Memaafkan dengan ikhlas adalah sangat sukar. Meminta maaf lebih sukar. Pernah alami nya bila belajar membersihkan kolam jiwa. :)

    Jemput singgah ke blog saya.. http://mommyrafa.blogspot.com/2015/08/Petua-cerai-susu-badan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kata2 yang mendalam dan penuh makna.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.