Header Ads

Google Plus Aynora Nur Ada Lebih 8000 Follower

Google Plus adalah salah satu dari banyak media sosial yang sedang hangat digunakan oleh pengamal media sosial di seluruh dunia. Google plus sudah diperkenalkan oleh Google beberapa tahun lepas dan sentiasa ditambahbaik fungsinya agar mesra pengguna.

Kini, Google plus bukan sahaja tempat 'ping' entri yang mudah untuk pengguna/penulis blog yang menggunakan medium blogger tetapi juga telah diseragamkan untuk kemudahan lain seperti chatting, video call dan banyak lagi.

Google Plus Aynora Nur Ada Lebih 8000 Follower


Google Plus Aynora Nur Ada Lebih 8000 Follower


Saya mula aktif di Google plus lebih kurang 2 tahun lepas. Pada ketika itu saya hanya gunakan Google plus sebagai tempat untuk 'ping'_entri. Namun setahun kemudian saya mula membuat post di wall Google plus. Kebanyakan perkongsian saya adalah berkaitan motivasi, agama, renungan dan banyak lagi benda-benda yang baik dan membawa kebaikan, insyaa Allah.

Setakat artikel ini ditulis, follower saya di Google Plus telah mencecah angka 8,000. Daripada situ, jumlah view pula telah mencapai 29 juta. Iya ke? Bersyukur lah. Ya tak? Satu jumlah yang agak banyak juga tetapi saya tidaklah mengharapkan peningkatan yang drastik. Pada saya tiada paksaan kepada mereka untuk 'follow' seorang Aynora Nur. Namun jika mereka suka dengan tulisan dan post-post saya, bolehlah mereka follow atau add saya untuk mendapatkan updates terkini. Saya tidal meminta atau memaksa mereka untuk follow Aynora Nur.


Prinsip Menulis Di Google Plus


Maaf, saya tidak memberi komen yang boleh menyinggung perasaan pengguna Google plus yang lain. Dan, saya juga tidak meninggalkan komen dengan sebarang post yang saya tidak memahaminya. Saya ada prinsip sendiri, dan berharap pengguna Google plus juga punya prinsip sendiri dalam melayari media sosial.

Ingatan pada diri saya ...semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang abadi. Tulislah sesuatu yang akan membahagiakanmu di akhirat nanti.

Akhir kata, jika anda follow saya kerana ingin berkongsi bahagia dan pelbagai kata-kata motivasi, anda amat dialu-alukan.

Semoga hidup kita dan anda semua 8000 lebih follower saya mencapai kebahagiaan yang diharapkan.

Sebarkan bahagia.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.