Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hawa Wanita Pertama Di Syurga

Hawa. Wanita pertama yang dijadikan pasangan dengan lelaki. Bagaimana Allah SWT menjadikan Hawa dari tulang rusuk Adam, dengan lemah lembut dan berhati-hati.

Hawa. Wanita pertama di syurga. Alangkah beruntungnya beliau kerana telah merasai kehidupan di syurga. Sedangkan kita? Mampukah kita meraih syurga Allah? Tabahkah kita merentasi ranjau dan duri perjalanan demi menuju syurgaNya? Tepuk dada tanyalah iman!


Hawa Wanita Pertama Di Syurga


Hawa Wanita Pertama Di Syurga


Allah SWT memberitahu kemuliaan yang diberikan kepada Adam selepas dia menyuruh malaikat bersujud kepada Adam. Maka Allah memerintahkan Adam untuk tinggal di syurga, makan dan minum sepuasnya.

Abu Dzar r.a bertanya, "Apakah Adam itu seorang Nabi?"

Nabi SAW menjawab, " Ya, dia seorang Nabi dan rasul yang berbicara terus dengan Allah SWT..iaitu ketika Allah berfirman, "Tinggallah engkau dengan isterimu di dalam syurga."

Adam a.s telah terlebih dahulu tinggal di syurga, lalu Hawa diciptakan sebagai perempuan pertama untuk menemaninya seperti perintah Allah SWT. Pada satu ketika iblis berjaya menggoda mereka. Lalu turunlah perintah Allah untuk mengeluarkan Adam dan Hawa keluar dari syurga kerana melanggar perintahNya.

Daripada kisah di atas, tercatatlah Hawa sebagai wanita pertama di syurga hinggalah mereka termakan pujukan syaitan hingga Allah murka. Allah marah kerana Adam a.s tidak mendengar laranganNya.

Sebab itulah mengapa setiap larangan dan segala perintah Allah SWT hendaklah dipatuhi kerana ada sebab musabab mengapa Allah mengeluarkan perintahNya kepada kita dengan sedemikian rupa.

Kita sebagai hambaNya yang beriman dan bertaqwa, mesti menerima segala ajaran dan pesanan yang termaktub dalam al Quran. Begitulah Allah menjanjikan balasan baik untuk setiap inci kebaikan yang kita lakukan. Dan yang berbuat kejahatan dan kemusnahan, Allah pun telah menyediakan tempat balasan untuk mereka. Kerajaan Allah maha adil iaitu kerajaan akhirat.

Wallahua'lam.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close