Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kematian Itu Pasti Akan Menemui Kamu

Kamu pasti kembali kepada TuhanMu. Dia yang tiada dua, satu-satunya Allah Azzawajalla. Dari Dia kita datang dan kepadaNya kita akan kembali. Kita mesti kembali. Kerana asal kejadian kita daripada tanah, dan saatnya tiba ke tanah jua kita bersemadi.

Oleh itu, selagi nyawa dikandung badan lakukan lah amanah sebagai khalifah. Kita dilahirkan untuk berdakwah. Menyampaikan. Walau apa pun bentuknya, asalkan ia membawa kebaikan...teruskanlah. Jika ada yang tidak suka, biarkanlah. Bukankah kita akan kembali? Mahukah kita kembali ke sisi Allah dengan tangan kosong??


Kamu mungkin ada seseorang di dalam hati. Mungkin kamu ada seseorang dalam fikiranmu. Tak mustahil juga seseorang itu menjadi impianmu. Dan, seseorang itu selalu ada dalam seluruh hidupmu. Tetapi, bila semuanya menghilang dan pergi, kamu hanya ada Dia TuhanMu iaitu ALLAH.

Kematian Itu Pasti Akan Menemui Kamu


Kamu Pasti Kembali


Betapa takjubnya kehidupan ini. Kita tidak mengharapkan yang lain untuk bergantung kecuali Allah, tempat tujuan akhir hidup kita.

Suatu hari nanti kita semua akan kembali, mencari sang Pencipta kita daripada tiada kepada ada dan ditiadakan semula. Tidakkah kita terfikir bertapa bijaksananya Allah SWT. Maha Perancang yang amat teliti dan sempurna?

Allah SWT berfirman,
"Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS. Al Jumu'ah : 8)

Nyatalah kita semua pasti kembali. Ayat Allah tidak berdusta. Kita akan kembali kepada alam yang kekal iaitu alam akhirat.

Usah berbangga jika nyawamu panjang berabad namun sebaliknya hidup mu kosong kontang dan tiada tujuan. Percayalah. Yakinlah. Bawalah bekalan amal dan taqwa bila kembali nanti. Pasti ada kebaikan yang rahsia hingga kamu sendiri tidak terbayangkan.

Akhir kata, mungkin tulisan ini tidak kamu sukai, tetapi kita harus berkata yang benar biarpun kebenaran itu sepahit hempedu.

Sudah bersediakah kita untuk kembali?

Sebarkan lah kebaikan walau sekadar melalui sebuah senyuman.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Kematian sesuatu yang menjadi rahsia besar Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar MOmma Vogue, kita sebagai hamba hanya perlu bersedia dgn bekalan yg sepatutnya...

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close