Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Daging Masak Kicap Hitam Yang Ringkas

Advertisement

Resepi Daging Masak Kicap Hitam Yang Ringkas | Haii...saya nak masak daging lagi. Dan semestinya saya akan cari resepi daging masak kicap hitam yang paling ringkas, cepat dan confirm sedap! Kalau resepi yang susah-susah ni, saya malas nak cuba. Takut tak menjadi. Membazir pulak, kan?

Sebagai wanita yang bekerja, kita memerlukan koleksi resepi yang mudah dan semestinya sedap. Selain sebagai rujukan, boleh juga menambah skill memasak dari semasa ke semasa. Sebab itu, saya rajin mengumpul resepi di dalam blog ini dan kebanyakan resepi yang saya kongsikan kepada anda semua telahpun saya cuba. Hiihi...


Resepi Daging Masak Kicap Hitam Yang Ringkas
Sumber Google

Resepi Daging Masak Kicap Hitam Yang Ringkas

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

1 kg daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
Bawang besar mayang - hiasan
1 cawan air - boleh juga guna air rebusan daging

Bahan Kisar:
10 batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Sejengkal halia - 4 ke 5 inci
3 biji bawang besar kuning
6 biji buah keras
1 labu bawang putih

Cara Sebenar Masak Resepi Daging Masak Kicap Hitam Yang Ringkas


1. Panaskan minyak, masukkan daging dan dikacau rata. Masukkan sedikit air supaya daging cepat lembut. Atau rebus daging dahulu sehingga lembut.

2. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.

3. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. 

4. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Rahsia Daging Masak Kicap Hitam Lembut Dan Enak

Nak tahu rahsianya daging masak kicap hitam anda lebih lembut? Rebus daging hingga empuk dan toskan daging. Tetapi, jangan buang air rebusan daging tersebut, kerana nanti kita akan gunakan air rebusan daging tersebut sebagai ganti air.

Air rebusan daging ini penting sebagai penaik rasa daging masak kicap hitam yang original.

Selamat mencuba resepi daging masak kicap hitam yang ringkas di atas.

Semoga berjaya!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Kalo xletak buah keras ok x?..ke kureng sedao nt dgg kcap?

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close