Header Ads

Resepi Kuih Ketayap Ringkas


Advertisement
Resepi Kuih Ketayap yang akan saya kongsi kali ini lebih mudah dan cepat menyediakannya. Lagipun membuat kuih Ketayap tak memerlukan kita memiliki kepakaran membuat kuih pun...asal pandai buat lempeng cukuplah...hihi


Resepi kuih Ketayap ringkas


Resepi Kuih Ketayap Ringkas


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
1 helai daun pandan
1/2 biji kelapa parut
1 keping manisan/gula melaka
Garam
1 cawan air

Cara menyediakannya:

1. Tumbuk daun pandan hingga hancur dan tambah air (nak mudah kisar aje). Setelah lumat, tapiskan dan ambil airnya.

Cara membuat inti kuih ketayap ringkas:


1. Di dalam periuk, masukkan manisan (gula melaka), 1 cawan air dan daun pandan. Panaskan hingga gula melaka cair.

2. Masukkan kelapa parut, gaul seketika.

3. Masukkan sedikit garam. Gaul sebati.

4. Masukkan tepung gandum (dicairkan dengan air) sedikit demi sedikit. Kacau hingga kuah kering. **Letak tepung gandum supaya inti kelapa menjadi pekat dan basah, tidak terlalu kering. 

Untuk membuat kulit kuih ketayap ringkas:


1. Gaul tepung gandum bersama air daun pandan, santan dan garam.

2. Masukkan air dan gaul hingga sebati dan adunan jadi cair.

3. Panaskan kuali, sapu sedikit minyak  dan senduk adunan. Ratakan adunan dan biar masak. Nak mudah, guna kuali leper yang tak lekat.

4. Letakkan inti dan gulung kuih ketayap dengan kemas.

Resepi kuih ketayap di atas memang ringkas, murah dan cepat! Sesuai untuk orang yang berniaga.

Tetapi jika hendak kuih ketayap yang lebih lazat, pecahkan sebiji telur ketika membancuh tepung gandum untuk membuat kulit kuih ketayap tadi.

Dan bagi saya, semua bahan ketika membancuh tepung tadi , saya blend (kisar) semua sekali. Mudah, kan?

Selamat mencuba.



Advertisement

2 comments:

  1. Salam ukhwah Kak Aynora Nur,

    Kuih ketayap antara kuih favorite saya..
    Terima Kasih, resepi ni beri ilham kpd saya utk juadah breakfast pagi ini.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah untuk awak juga LZ...

      Alhamdulillah, bermanfaat utk yang membacanya.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.